seismik

Fenomena 'Solar Storm' Dijangka Berlaku Awal Tahun 2024 Tiada Kaitan Dengan Kiamat - Mufti

Difahamkan, fenomena 'solar storm' ini sentiasa berlaku dan biasa cuma bezanya adalah lemah dan kuat sahaja.

Cover image via New Straits Times & Harian Metro

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Orang ramai dinasihatkan agar tidak panik tentang fenomena ribut suria atau ‘solar storm’ yang dijangka berlaku pada awal tahun hadapan

Ini kerana susulan tular di media sosial dan beberapa laporan yang mendakwa fenomena tersebut akan menjejaskan jaringan internet.

Menerusi laporan Sinar Harian, Pengarah Institut Penyelidikan Alam Sekitar Pantai Timur (ESERI), Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), Profesor Madya Ts Dr Roslan Umar menjelaskan, ribut suria merupakan fenomena yang biasa dan kerap berlaku.

"Bumi akan dilanda ‘solar storm’ yang kuat pada tahun depan selain saintis meramalkan kita akan mencapai 'solar maximum' (solar maksimum) pada 2024 dengan suar (nyalaan api) yang cukup kuat bagi melumpuhkan internet di dunia selama beberapa minggu.

"Fenomena ribut suria ini sentiasa berlaku. Orang awam tidak perlu panik dengan berita viral tersebut kerana fenomena itu biasa dan sentiasa terjadi cuma bezanya adalah lemah dan kuat sahaja.

"Kesan ribut solar ini boleh dilihat pada kejadian aurora di kawasan kutub bumi, malah aurora itu sebenarnya merupakan bukti kewujudan fenomena tersebut," katanya.

Kesan ribut solar kepada bumi dan manusia adalah ganggu medan magnet bumi dan hasilkan GIC tetapi kesannya sangat lemah

Menurutnya, kesan ribut solar kepada bumi dan manusia antaranya boleh menganggu medan magnet bumi serta menghasilkan Geomagnetically Induced Currents (GIC) yang boleh menganggu bekalan kuasa dan elektrik di bumi disebabkan cas yang berlebihan. Namun, berdasarkan rekod-rekod sebelum ini, kesannya amat lemah.

"Kesan lain yang boleh dilihat adalah ganguan kepada sistem telekomunikasi gelombang radio atau dikenali sebagai ganguan ionosfera mendadak (SID).

"Sebenarnya penduduk di dunia ini bertuah kerana ALLAH SWT telah melindungi bumi dengan lapisan atmosfera dan medan magnet tersendiri di sekelilingnya," jelasnya lagi.

Gambar sekadar hiasan

Image via SABAH NEWS

Ada yang mendakwa bahawa ribut suria boleh mengganggu liputan internet selama berminggu-minggu

Menerusi laporan news18.com sebelum ini, terdapat beberapa penemuan baharu, ribut solar berkenaan akan cukup kuat untuk mengganggu liputan internet di Bumi selama berminggu-minggu disebabkan oleh medan magnet matahari.

Sehubungan itu, ia telah menimbulkan kebimbangan dalam kalangan pengguna media sosial sehingga ada yang mendakwa urusan secara dalam talian tidak berfungsi malah bumi akan bergelap selama 17 hari selain suhunya juga akan jatuh.

Malah, ada juga yang kaitkan fenomena ribut suria dengan hari kiamat

Perkara itu menimbukan kebimbangan dalam kalangan netizen dan ada yang mendakwa urusan secara dalam talian tidak berfungsi malah bumi bergelap selama 17 hari dan suhu dunia akan jatuh.

Namun, pada 23 Disember lepas, Mufti Pulau Pinang, Datuk Seri Dr Wan Salim Wan Mohd Noor menyatakan tidak wajar mengaitkan fenomena ribut suria yang dijangka melanda bumi bermula awal tahun hadapan dengan hari kiamat.

Fenomena ribut suria itu merupakan sebahagian daripada aktiviti rutin matahari.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

You may be interested in: