seismik

Pelakon Terkenal Filem 'Parasite' Ditemukan Meninggal Dunia Dalam Kereta

Difahamkan, kematian pelakon berkenaan adalah disebabkan terlibat dengan penggunaan dadah.

Cover image via ASIAN WIKI & Hello Doktor

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Hari ini, pelakon terkenal Lee Sun-kyun ditemui mati dalam satu kejadian bunuh diri semasa menghadapi siasatan berhubung syak wasangka penggunaan dadah

Menerusi laporan The Korea Times, seorang lelaki berusia 40-an ditemui tidak sedarkan diri dalam sebuah kereta di sebuah taman di pusat Seoul pada jam 10:30 pagi, dan pihak polis kemudian mengenalpasti bahawa dia sebagai Lee Sun Kyun.

Polis menemui mayat pemenang Oscar tersebut di tempat duduk penumpang bersama briket arang.

Sebelum itu, pihak polis menerima laporan bahawa Lee meninggalkan rumah selepas menulis memo yang memberi bayangan ingin membunuh diri dan keretanya juga turut hilang.

"Apabila dia disahkan meninggal dunia, dia tidak dibawa ke hospital," kata seorang pegawai bomba.

Image via allkpop

Lee sedang berdepan siasatan disyaki terlibat dengan penyalahgunaan dadah

Lee telah menjalani tiga pusingan soal siasat polis atas syak wasangka menggunakan ganja dan dadah haram lain di rumah seorang pelayan wanita yang bekerja di sebuah bar mewah di kawasan daerah Gangnam, Seoul, beberapa kali sejak awal tahun ini.

Pelakon tersebut mendakwa dia diperdaya oleh pelayan wanita itu untuk mengambil dadah dan dia tidak mengetahui apa yang diambilnya.

Lee telah mendapat hasil ujian negatif dalam kedua-dua ujian saringan yang dijalankan semasa siasatan polis dan ujian dadah makmal oleh Perkhidmatan Forensik Kebangsaan bulan lalu.

Namun, sehari sebelum itu, Lee mengemukakan permohonan ujian poligraf kepada Agensi Polis Metropolitan Incheon dengan mendakwa dirinya tidak bersalah.

Sebagai rekod, Lee Sun Kyun telah memenangi pelakon terbaik filem 'Parasite' di Anugerah Akademi pada tahun 2020.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

You may be interested in: