seismik

[FOTO] Feri 440 Tan Terangkat & Terdampar Di Darat Akibat Ditolak Ombak Kuat

Kejadian berlaku pada jam 2 pagi pada Ahad.

Cover image via Penduduk Pulau Penang & Seberang Perai/Facebook

Disebabkan angin kencang dan ombak kuat, sebuah feri seberat 440 tan terangkat dan terdampar di atas dermaga (pelabuhan besi) di Butterworth, Penang kelmarin

Kejadian itu berlaku pada jam 2 pagi Ahad akibat cuaca buruk yang kini melanda wilayah Utara, lapor mStar Online.

Seorang pegawai di pelabuhan itu memberitahu mStar Online bahawa feri itu dipukul ombak sehingga bahagian hujung feri terbabit melanggar terminal Pangkalan Sultan Abdul Hali.

Ombak kuat mengakibatkan sebahagian feri mencecah 440 tan berat terangkat ke dermaga sekitar jam 2 pagi 5 Nov 2017. ― Foto ihsan facebook/Penduduk Pulau Penang & Seberang Perai.

Image via Penduduk Pulau Penang & Seberang Perai/Facebook

Pegawai di dermaga feri itu berkata, ombak kuat sejak malam Sabtu itu sangat sukar dibayangkan

"Feri Pulau Pinang itu diparkir di dermaga pada tengah malam sebaik khidmatnya tamat dan ketika ombak kuat ia ditolak hingga sebahagiannya terangkat ke atas landasan dermaga.

"Kami menyaksikan ia ditolak oleh ombak sehingga naik ke dok. Kami tidak pernah melihatnya berlaku sebelum ini," katanya sambil menambah ia mungkin mustahil untuk menolak feri itu kembali ke laut.


Carta ombak menunjukkan ia mencecah 2.42 meter pada pukul 2 petang Ahad dan ia diharap dapat menolak feri itu dengan sendirinya ke laut.

Sementara itu, keadaan banjir di Pulau Pinang juga dilaporkan bertambah buruk ekoran hujan lebat yang melanda negeri itu tidak henti-henti

Dalam laporan BH Online pagi ini, bilangan mangsa banjir yang ditempatkan di pusat pemindahan di daerah Seberang Perai Tengah (SPT) meningkat kepada 2,119 orang awal pagi ini.

Angka itu bertambah berbanding 1,944 orang yang direkodkan pada jam 10 malam tadi, dipercayai susulan air pasang besar tengah malam tadi.

Menurut Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Nik Ros Azhan Nik Abd Hamid, semua mangsa ditempatkan di 27 pusat pemindahan yang dibuka sejak malam kelmarin.

Image via NST
Image via Bangjim/Twitter

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Lagi berita di sini:

You may be interested in: