seismik

Gadis 14 Tahun Dirogol Dalam Rumah Sendiri

Perasaan dirogol itu sendiri sudah teruk apatah lagi perasaan dirogol di dalam rumah sendiri.

Cover image via imgur.com

Kejadian Rogol Berlaku Pada Malam 28 Mei 2014 Di Miri, Sarawak Apabila Seorang Lelaki Menceroboh Masuk Ke Dalam Rumah Gadis Tingkatan Dua

Seorang remaja berusia 14 tahun dirogol seorang lelaki tidak dikenali yang menceroboh kediamannya di Bandar Baru Permyjaya.

malaysiandigest.com

Ketika Itu, Gadis Tersebut Hanya Tinggal Berdua Bersama Seorang Adiknya Di Rumah Manakala Ibu Bapanya Keluar

Ketua Polis Daerah Miri, Asisten Komisioner Gan Tian Kee berkata kejadian berlaku jam 12.02 tengah malam ketika mangsa hanya tinggal berdua dengan adiknya yang berusia tujuh tahun.

malaysiandigest.com

Menurutnya, ibu bapa mangsa tidak ada di rumah kerana menziarahi saudara yang meninggal dunia.

malaysiaedition.net

Difahamkan, Lelaki Itu Yang Memakai Topeng Bertindak Mengacu Pisau Ke Leher Mangsa Sebelum Membawa Mangsa Ke Dalam Bilik Untuk Tujuan Merogol

Menurut Gan remaja itu diserang seorang lelaki bertopeng yang mengacu pisau ke lehernya.

Image via talktalk.co.uk

Menurut Gan remaja itu diserang seorang lelaki bertopeng yang mengacu pisau ke lehernya ketika memeriksa bunyi bising di bahagian belakang rumah.

astroawani.com

"Lelaki itu kemudian membawa mangsa masuk ke bilik dan menutup muka mangsa dengan bantal sebelum merogolnya," kata Gan.

mstar.com.my

Lelaki Bertopeng Itu Bagaimanapun Sempat Melarikan Diri Dan Kini Dalam Buruan Pihak Polis

Gan turut memberitahu bahawa suspek yang dipercayai memasuki rumah itu menerusi pintu dapur, kemudian melarikan diri dan mangsa menghubungi ibu bapanya untuk memaklumkan kejadian sebelum mereka membuat laporan polis.

sinarharian.com.my

Cerita Berkaitan Lain Di SAYS:

You may be interested in: