seismik

Gadis Ini Buat Posting Puji BF, Tapi Ramai Terkejut Sangka Syed Saddiq Lelaki Itu Sebab...

YB Syed Saddiq pun belum pernah membuat sebarang 'posting' tentang teman istimewanya.

Cover image via Twitter @AddaRamdzi & Instagram @SyedSaddiq

Baru-baru ini tular di laman sosial seorang gadis telah membuat posting di laman Twitter memuji teman lelakinya

Semuanya bermula apabila gadis yang dikenali sebagai Adda itu membuat rangkaian tweet menceritakan tentang keperibadian teman lelakinya.

Image via ibb.co

Dalam perkongsiannya itu, Adda menyatakan yang dia mengagumi sikap teman lelakinya yang setia, baik dan penyabar. Bukan itu sahaja, gadis itu turut suka pada layanan yang diberikan teman lelaki kepada dirinya. 

Image via ibb.co
Image via ibb.co

Pada akhir tweet tersebut, Adda turut mengakui betapa bertuahnya dia dipertemukan dengan lelaki itu dan sentiasa berdoa agar jodoh mereka berkekalan.

Susulan tularnya perkongsian itu, netizen mula meng-'usha' gambar profile Twitter Adda kerana ingin melihat rupa teman lelakinya itu

Lawaknya apabila ramai yang menyangka teman lelaki gadis itu ialah Ahli Parlimen Muar, YB Syed Saddiq Syed Abdul Rahman!

Ini semua gara-gara dapat dilihat mantan Menteri Belia dan Sukan itu berada di belakang gadis terbabit. 

Image via twimg.com

Apa lagi, kecoh sejenak di laman Twitter dengan komen daripada para netizen setelah melihat gambar Syed Saddiq.

Iyalah, YB pun belum pernah membuat posting tentang teman istimewanya.

Namun begitu, jangan risau kerana Adda telah pun tampil menjelaskan bahawa teman lelakinya ternyata bukanlah Syed Saddiq dan gambar itu adalah hasil editing sahaja.

Malah gadis itu turut berkata bahawa teman lelakinya yang bernama Amir itu juga tidak kisah dengan gambar profile tersebut.

Sehubungan dengan itu, terdapat juga beberapa dalam kalangan netizen yang memuji perhubungan kedua mereka

Masing-masing telah berkongsikan pengalaman sendiri, bahkan ada juga yang ingin mempunyai teman istimewa mirip seperti Adda serta teman lelakinya itu.

Selain memuji, ramai turut mendoakan agar jodoh pasangan tersebut berkekalan selamanya.

Kami doakan yang terbaik buat Adda serta Amir!

Tapi satu soalan yang masih menjadi tanda tanya, Syed Saddiq single ataupun tidak?

Image via Tenor

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Cute-nya!

Lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

You may be interested in: