seismik

Gadis Ini Kongsikan Bagaimana Dia Belanjakan RM170 Untuk Percutian 2 Hari Di Tadom Hill

Siapa kata bajet 'ciput' tak boleh jalan jauh-jauh?

Cover image via Nadirah Bt Pazaer/Facebook

Malaysia memang banyak tempat-tempat menarik untuk dilawati salah satunya Tadom Hill Resorts. Anda mesti pernah dengar Tadom Hill kan?

Kalau nak diikutkan Tadom Hill Resorts ni memang popular dah sekarang. Tak percaya cuba search hashtag #tadomhill di Instagram mesti beribu-ribu gambar akan anda temui.

Tadom Hill Resorts memang best kerana dikelilingi dengan pemandangan bukit batu kapur dan tasik yang indah. Resort ini terletak di Banting, Selangor dan pelbagai aktiviti yang boleh anda lakukan di sini seperti berkayak, flying fox, sukan lasak ATV dan banyak lagi.

Dan hari ini, semasa kami scroll Facebook kami ternampak satu review yang dibuat dari akaun milik Nadirah Bt Pazaer

Katanya, dia bersama 4 lagi rakannya hanya menghabiskan kurang RM170 untuk penginapan dua hari satu malam di sini dan jumlah ini termasuklah kos perjalanannya dari Manjung, Perak. Eh, murahnya walaupun datang dari jauh.

OK, jom kita baca!

Bajet hangus kurang dari RM170/pax

Details
Minyak (Viva Auto) =RM80 pergi balik

Perjalanan: Dari Manjung-Setia Alam-Kelana Jaya-Damansara-Banting

Balik: Banting-Kelana Jaya-Setia Alam-Manjung

Tol: RM20 approximate

Penginapan di Gendui Chalet (max 1 chalet 4 pax) :RM80/pax RM200 + RM120 (extra 2 tilam.. yang ni wajib sebab kami kongsi 4pax)

Cute isn't? My chalet was the one with light on - Gendui Orkid

Image via Nadirah Bt Pazaer/Facebook

Sarapan (buffet): RM15/pax

Buffet breakfast

Image via Nadirah Bt Pazaer/Facebook

Tadom Base activity (ATV): RM38

Affordable price. For great experience

Image via Nadirah Bt Pazaer/Facebook

Perjalanan dari Manjung, Perak start jam 9pg ikut jalan Kuala Selangor tapi sebab banyak menyinggah dan sesat nak cari jalan masuk Tadom Hill maka dalam 3.45ptg baru sampai.

Details
Check In 3ptg
Check Out 12tgh hari
Tadom Hill tutup hari Isnin

Kami sesat sebab terlepas dia punya jalan masuk. Yang mana nak pergi tu nanti bila waze cakap dah nak sampai..belah kiri korang ada car wash tau,, kena masuk ikut laluan tepi car wash tu. Agak tak perasan dengan buluh warna ungu,hijau yang diorang letak tepi jalan tu sebenarnya. Slow slow okay, Good Luck!

Masa kami sampai tu dah ada group yang nak balik dah tapi still ramai yang berendam dalam tasik.

Details
Day Pass (untuk weekday...weekend punya aku tak tau)
Orang luar - RM20 sehari
Orang Banting - RM10 (tapi kena bagi deposit RM20 mas masuk)
Tasik Tutup jam 6.30ptg

Lepas simpan barang terus pakai life jacket (wajib) dan debush masuk air!!! kitorang tak reti berenang jadi mula-mula tu macam segan-segan nak masuk air. Tasik ni kalau tak silap kedalaman dia 20 kaki lepas dengar abang yang jaga tu cerita..Ada rakit diorang sediakan tapi kena share-share sebab tak banyak.

Ada tempat terjun yang macam platform (ketinggian dia 10m tak silap) dan yang bergayut tu..aku pikir bila lagi nak cuba kan? aku redah je dua-dua tu sampai 4-5 kali terjun, aku syak otak aku tak berfungsi sangat masa tu..hahahaha

Memang nice betul Tadom Hill Resorts ni. Nah! Baca dan tengok gambar-gambar ini pula

Tempat dia sangat chill, bersih,beautiful landskap dan dekat dengan alam. Banyak elemen buluh. Ada beberapa jenis tempat menginap dekat sini :-

Details
1. Gendui Chalet (yang aku pilih)
2. Hammock (macam buaian)
3. Khemah (boleh pilih tepi tasik ATAU dalam taman dan harga BERBEZA)
4. Bamboo Hut (macam konsep dorm)

Kawasan khemah dan menara

Image via Nadirah Bt Pazaer/Facebook

Hammock

Image via Nadirah Bt Pazaer/Facebook

Ada beberapa kemudahan yang disediakan macam

Details
1. Locker (untuk yang balik hari)
2. Hall
3. Cafe
4. BBQ pit
5. Sewa tikar

Environment dia sangat friendly, staff dia kebanyakan budak muda (orang asli aku rasa) dan sangatlah friendly! Siap tolong ambik gambar, ambik video..diorang layan je..sambil buat lawak sengal. hahaha.

Korang kena refer website dia untuk rate harga sebab harga dia berbeza ikut tempat penginapan dan masa. Weekend dan Public Holiday rate tinggi sikit berbanding weekday. Aku book hari tu pun kat website je lepas tu diorang reply thru email. Fast respond!

Dan aku sangat galakkan kalau korang datang pada WEEKDAY untuk privacy :)
Personally aku suka semua benda!!

Inilah antara kemudahan-kemudahan yang disebutkan itu. Semuanya berasaskan buluh, style!

Toilets & shower rooms

Image via Nadirah Bt Pazaer/Facebook

Shower room

Image via Nadirah Bt Pazaer/Facebook

Tadom Hill Resorts serius cantik! Memang tak boleh dinafikan lagi

Reflection

Image via Nadirah Bt Pazaer/Facebook

For your information

Image via Nadirah Bt Pazaer/Facebook

Nadirah juga berkongsi video yang sempat dirakam olehnya ketika berada di sana. Seronoknya!

Tadom Base for some fun! Tak mandi lagi

Image via Nadirah Bt Pazaer/Facebook

Video terjun platform

Behind all those cool video clips #tadomhillresorts #shorttrip

A video posted by nadirahpazaer (@nadirahpzr) on

Video gayut

Terbang tinggi #shorttrip #tadomhillresorts

A video posted by nadirahpazaer (@nadirahpzr) on

Video naik ATV

Vroom! #tadombase #tadomhillresorts #shorttrip

A video posted by nadirahpazaer (@nadirahpzr) on

Video waktu senja

Then which favours of your lord will you deny Ar-Rahman : 13 #tadomhillresorts #shorttrip

A video posted by nadirahpazaer (@nadirahpzr) on

Buat mereka yang bercadang nak ke sini, ini dia sedikit tips buat anda

Tips Jimat!!
1. Kalau stay area KL memang dah boleh jimat minyak kat situ
2. Bawa bekal makanan sendiri (kitorang bawak spagethi/keropok lekor/nugget)
3. Share 4 orang kalau nak stay chalet
4. Pilih tempat tido yang murah macam hammock atau khemah

Extra:- Kalau korang menginap lama dan tak tau nak buat apa lagi, area banting ni sebenarnya banyak juga tempat best macam
1. Paya indah wetland (boleh tengok badak/buaya dan binatang lain..masuk percuma)
2. Kilang Ros kerepek (ni memang syurga wey)
3. Bukit Jugra (ni macam jauh sikit)

Aku plan nak tido 1 malam dekat Tadom dan 1 malam dalam Paya Indah Wetland tapi keadaan masa tak mengizinkan. Next time insyaAllah

Setelah baca pos Nadirah ni, kami rasa kalau boleh esok jugak kami nak ke sana! Mungkin ini plan terbaik buat kami hujung minggu ini kan?

Buat anda yang nak tahu kadar bayaran day pass sepenuhnya, anda boleh cek di SINI.

Inginkan lebih cerita menarik seperti ini? LIKE Facebook SAYS SEISMIK serta follow kami di Twitter dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Malaysia memang banyak tempat menarik dan unik. Bagi anda yang bercadang untuk bercuti dan bermalam di hotel-hotel yang unik pula, sila klik SINI:

You may be interested in: