seismik

“Dengar Cakap Syaitan Eh?” - Gadis Hampir Bunuh Diri Kerana Kecewa Rakan Tuduh Bukan-Bukan

Bila seseorang tu dah luah masalah, maknanya dia percaya you all tau.

Cover image via wallpaperflare

Isu depresi atau masalah mental lain banyak 'menjangkiti' orang ramai sekarang

Tidak dinafikan, terlalu banyak tekanan dalam kehidupan seharian serta kurangnya pendedahan mengenai masalah-masalah ini membuatkan para 'penghidap' tidak sedar akan masalah yang dihadapi. 

Bukan itu sahaja, netizen juga sering dimomokkan dengan mereka yang mempunyai masalah mental sebagai 'gila' membuatkan ramai yang malu untuk mendapatkan bantuan kerana tidak mahu diejek di kemudian hari. 

Sampai bila kita akan terus berada di takuk ini sedangkan saban hari bilangan mereka yang berdepan dengan masalah ini semakin meningkat?

Gambar sekadar hiasan.

Image via BBC

Baru-baru ini, seorang gadis iaitu Jahhhhnh berkongsi di laman Twitter miliknya mengenai masalah yang dihadapi

Tulisnya, dia pernah berkeinginan untuk membunuh diri malah juga turut mencederakan dirinya sendiri. Namun, pada masa yang sama dia juga meminta bantuan rakan-rakan tentang keinginannya itu. 

Bagaimanapun, dia kecewa dengan respon rakan-rakan membuatkan dia bertindak lebih jauh hinggakan hampir kehilangan nyawanya. 

Baca perkongsian penuh di bawah:

Bahasa:

"Awal tahun hari itu aku ada kongsi banyak tentang rasa nak bunuh diri kat akaun Instagram. Ya, aku bercadang untuk bunuh diri, aku ada parut di pergelangan tangan dan di seluruh tangan aku. Aku harap kalau bagi klu pada kawan-kawan aku, mereka akan tahu rancangan aku. 


"Tapi...

"Mereka bukannya tolong aku sebalik lagi kecam aku adalah dengan ayat-ayat kejam dorang. 'Kau pahal nak bunuh diri lak', 'setakat masalah kau ni benda kecil jelah, sikit-sikit nak mati', 'dengar cakap syaitan eh'.

"Betul cakap orang, mereka yang paling dekat dengan kita akan sakitkan kita paling teruk. Sakit dia tak tahu nak terangkan macam mana sebab member sendiri cakap macam itu. 

"Cuba teka? Aku kelar tangan aku lagi teruk lepas tu. Mungkin kawan-kawan aku ingat aku gurau je kot. Lol, aku hampir mampus tahun ini mana korang tahu. Sudahnya, aku pendam sorang-sorang, tahan sakit sorang-sorang. Sumpah sakit!" tulisnya.

Gadis itu kemudiannya terjumpa perkongsian Aiman Psikologi di Twitter dan sedar bahawa dia perlukan berjumpa pakar tentang masalahnya itu

Bahasa:

"Tapi nasib baik aku terbaca Aiman Psikologi punya bebenang dan cederakan diri sendiri dan baru sedar yang aku betul-betul perlukan bantuan sebab aku tak boleh berhenti daripada cederakan diri sendiri dan aku tak tahu kenapa. 


"Nak dipendekkan cerita, aku akhirnya jumpa juga psikiatri dan ia sangat membantu sebab dorang bagi aku ubat dan benda itu tolong aku jadi stabil sikit. 

"Aku didiagnos mempunyai masalah ganguan mental tapi sekarang aku sedang berusaha untuk sembuh cepat. InsyaAllah, doakan aku," tulisnya lagi. 

Tambahnya lagi, dia turut memohon agar orang ramai tidak mudah menghukum mereka yang mempunyai masalah mental

Bahasa: 

"Konklusinya, tolong dapatkan bantuan kalau kau orang ada masalah perasaan nak bunuh diri dan kalau perasan ada kawan yang nak bunuh diri. Tolong, aku merayu pada kau orang tolong pujuk elok-elok tanpa menghukum mereka. Bukan jadi **** bash bash orang.


"Sebab ada banyak je cara untuk beri semangat pada seseorang tanpa menghukum, anda tahu kan maksud aku? Lagi satu, kalau nampak ada banyak parut di tangan seseorang buat tak tahu sahajalah. Tak payah sibuk-sibuk tanya je. 

"Kita semua harus belajar untuk jadi pendengar yang baik tanpa mudah menghukum orang + bash sesama sendiri sebab faham tak memendam perasaan itu dan menyorok parut-parut tu sakit sangat? Tak tergambar sakit itu," tulisnya.

Moga-moga selepas ini kita akan lebih alert dengan keadaan rakan-rakan sebelum berkata-kata. Boleh?

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Baca juga artikel berkaitan depresi ini:

You may be interested in: