seismik

Ini 4 Sebab Anak Muda Akan Paling Terkesan Ke Lembah Depresi Menjelang Tahun 2020

Buat semua anak muda, take note.

Cover image via Google

Penyakit depresi atau kemurungan telah menjadi satu istilah yang sebati dalam kalangan masyarakat ketika ini. Namun, tiada siapa yang tahu kesengsaraan di sebalik penyakit itu jika tidak pernah mengalaminya.

Baru-baru ini seorang pengguna Twitter yang juga dikenali sebagai Psikologis iaitu Aiman telah mengupas isu berkenaan penyakit depresi yang dikatakan bakal menjadi pembunuh kedua utama dalam kalangan anak muda menjelang tahun 2020 nanti.

Tweet tersebut juga telah mendapat 33k retweets ketika artikel ini ditulis.

Baca perkongsian penuh di bawah:

Beliau juga telah menyenaraikan empat fasa yang bakal dihadapi oleh anak-anak muda, iaitu:

1. Fasa perubahan

2. Quarter Life Crisis

Beliau juga turut menambah bahawa jika anda mendapati bahawa diri anda sudah terjerumus ke lembah kemurungan, anda perlu mendapatkan bantuan dengan kadar yang segera.

3. Media sosial, lebih-lebih lagi untuk remaja yang begitu aktif

4. Akhir sekali merupakan kematangan emosi setiap individu

Kesimpulannya, setiap anak muda zaman sekarang perlu lebih berjaga-jaga dan lebih berfikiran terbuka mengenai kesihatan mental ini. Kerana ianya bukanlah sesuatu perkara yang remeh-temeh.

Sumber: Twitter @AimanPsikologis

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Baca juga perkongsian lain mengenai depresi di SAYS Seismik:

You may be interested in: