seismik

“Hari-Hari Fikir Macam Mana Nak Mati” - Wanita Ini Kongsi Kisahnya Melawan ‘Depression’

Sebab itu jangan pernah anggap depression ini sebagai perkara yang remeh.

Cover image via Nazia Suhaimi / Facebook

Segelintir daripada masyarakat di Malaysia mengalami masalah kemurungan yang dikatakan telah mencapai tahap marabahaya dan perlukan bantuan segera

Image via Liputan6.com

Sebelum itu, jika anda masih belum mengetahui maksud sebenar penyakit depression, ia merupakan reaksi normal kepada tekanan. Namun, perasaan cemas dan kekhuatiran yang berturut mungkin disebabkan oleh penyakit disorder kebimbangan.

Kebanyakan penyakit ini akan dapat dirawat dengan kejayaan yang dicapai. Selain itu, ia juga dapat dirawat melalui bantuan dari pihak kaunseling dan ubat-ubatan yang sesuai.

Sebelum itu, kenali gejala-gejala penyakit depression ini kerana ianya adalah berbeza untuk setiap orang.

  • Kesukaran untuk tidur atau lebih dikenali sebagai Insomnia.
  • Debaran jantung yang begitu cepat.
  • Bergetaran atau kepeningan.
  • Mempunyai kesukaran untuk bernafas.
  • Merasa rengsa, tidak senang, tiada kawalan dan tidak dapat berehat.
  • Tidak dapat berfikir dengan jelas atau berkonsentrasi.
  • Nausea, muntah-muntah atau cirit-birit.
  • Merasa seperti tercekik atau bengkak di bahagian kerongkong.
  • Selalu berpeluh, pening kepala, otot tegang dan mudah untuk rasa ingin pengsan.

Seorang wanita yang dikenali sebagai Nazia Suhaimi telah berkongsi kisah beliau melawan penyakit depression ini dengan begitu sabar selama bertahun-tahun lamanya.

Ikuti kisah beliau di bawah:

Dulu lepas habis belajar di politeknik, saya bekerja sebagai pelukis pelan. Adat bekerja, balik malam, terpaksa OT. 2 bulan saja bertahan, bila kena marah dengan bos saya terus berhenti.

Dapat sambung belajar ke UiTM, dapat lompat terus ke sem 4 tapi rasa tak tahan, telefon ayah cakap nak berhenti. Ayah cakap tak perlu berhenti selagi tak gagal. Ya, memang tak gagal tapi saya drag sem yang sama sampai 3 sem. Akhirnya saya berhenti juga.

Rezeki tak habis disitu, saya dapat tawaran kerja di Rawang sebagai Pembantu Arkitek dengan lulusan diploma saja. Gaji RM2k sebagai permulaan. Saya jangkakan saya akan lama disitu tapi tidak, 2 hari saja. Lepas kena maki, saya berhenti tanpa notis (sebab memang tak dapat lagi OL). Bos call banyak kali pujuk masuk kerja, tawar taja belajar di UK (sebab English saya kurang bagus). Saya diam saja. Saya tak nak.

Saya tahu, mak ayah pening dengan keadaan saya. Kakak saya "sound" kalau macam ni sikap, tak ada orang akan terima saya bekerja lagi. Sepanjang tempoh pengalaman diatas, tiada ahli keluarga saya yang tahu saya dalam rawatan dan mengalami masalah Major Depression. 

Setiap hari rasa tak mahu bangun pagi sebab rasa tak mampu nak hadap dunia. Setiap hari rasa tak guna. Setiap hari tertanya-tanya apa hala tuju hidup. Setiap hari rasa kosong. Setiap hari rasa nak mati. Setiap hari memikirkan cara macam mana nak mati.

Tidak terhenti begitu sahaja, beliau masih merasa kesal dan murung dengan hidupnya lalu bertanyakan sama ada perkara baik yang dilakukan masih tidak cukup

Adakah saya tak solat? Saya solat cukup 5 waktu. Adakah saya tak baca Quran?
Saya baca Quran. Adakah saya tak ada iman? Kalau tak ada, rasanya dah mati kot. Saya doa banyak-banyak, Ya Allah tunjukkan aku jalan apa yang paling baik buat akhiratku.

Saya berkahwin dengan jodoh yang sangat baik. Pada awalnya suami saya pun pening dengan "mental" saya tapi beliau sangat sangat sangat sabar. Sepanjang rasa sengsara, 7 tahun lamanya. Satu pagi saya bangun, saya nekad untuk sihat. Saya sangat penat dengan diri sendiri. Penat rasa nak mati. Penat rasa beban. Penat rasa "mental".

Dan saya bangun dan fight semua ketakutan. Saya terima kegagalan saya. Saya terima kelemahan saya. Dan saya belajar untuk bersyukur. Orang tanya saya macam mana nak sihat? Pecahkan tembok ketakutan, kegagalan, rasa malu, rasa rendah diri. Sabar. Satu-satu tembok akan pecah dan kita akan berani keluar dari "gua" kita.

Sehingga hari ini, keadaannya bertambah baik dan mampu untuk mengupaskan isu penyakit depression ini kepada masyarakat secara umum

Hari ini saya mampu bercakap secara terbuka tentang sakit mental yang saya alami. Hari ini saya mampu tersenyum dengan ikhlas tanpa perlu dipaksa. Hari ini saya bangga menjadi seorang surirumah dan ibu kepada anak-anak saya.

Hari ini saya mampu terima kegagalan saya dan saya akan kembali sambung belajar. Hari ini saya ada matlamat hidup setiap hari. Kenapa saya mesti hidup pada hari ini. Hari ini, sama ada keadaan baik atau buruk. Saya tetap hargai apa yang terjadi. Hari ini saya belajar untuk bersyukur bagi setiap detik.

Macam mana pula dengan hari anda?

Ingin tahu bagaimana wanita kuat ini merawat penyakit depression yang menghantui dirinya selama bertahun-tahun? Baca 8 tips beliau yang sangat berguna ini:

  1. Saya amalkan istighfar sepanjang masa. Kebergantungan pada Allah kena kuat.
  2. Saya cuba aroma terapi dengan Young Living essential oil (EO). Ada masa, walaupun sudah makan ubat tapi saya masih sukar untuk tidur. Jadi saya calitkan saja sedikit EO di bantal.
  3. Saya mula kurangkan makan benda yang manis, fast food dan lain-lain.
  4. Petang-petang riadah dengan anak-anak (lebih kurang bersenam).
  5. Mula wujudkan hobi sebagai terapi (sebelum ni hobi pun tak ada sebab terlalu sibuk risau macam-macam).
  6. Bergaul dengan orang. Satu tahap saya pernah rasa terlalu takut nak berjumpa dengan orang. Jiran datang ketuk pintu, saya lari masuk bilik. Pada awal pengalaman ambil job wedding photography, saya kena panic attack sebab macam terkejut ramai sangat orang, muzik kuat. Rasa nak pitam, nak muntah, mata pun dah naik juling, semua ada.
  7. Job-job seterusnya pun saya masih kena panic attack tapi jangan risau, ianya akan berkurang.
  8. Akhir sekali, paling penting, UNFOLLOW semua yang bawa perkara negatif. Kita nak positif kena buang semua perkara yang tak baik. Kalau perlu unfriend, left group, delete account, buat saja. Bukan nak putus silaturahim pun. Jangan sampai dekat luar pun tak tegur.
  9. Muka mesti sentiasa senyum.

Kesimpulannya, jika anda mengalami masalah penyakit depression ini, jangan sesekali pendam tanpa berkomunikasi dengan keluarga atau teman rapat kerana ianya mungkin akan membawa kepada kesan yang lebih padah

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Baca perkongsian lain di SEISMIK:

You may be interested in: