seismik

Mungkin Ramai Yang Tidak Tahu, Adakah Muzik Haram Di Sisi Islam?

Pelbagai pandangan mengenai isu ini.

Cover image via Suad Bushnaq

Saban hari, kita mendengar pelbagai perspektif dan pendapat orang ramai tentang hukum bermain muzik dan mendengarnya

Muzik merupakan salah satu cabang besar dalam seni persembahan, sebagai masyarakat Islam kita selalu mendengar bahawa muzik itu haram dan seringkali dikaitkan dengan menyebabkan lalai atau menjerumus ke arah maksiat.

Ada juga yang menyatakan suara itu sendiri merupakan aurat bagi seorang wanita.

Image via Muslim Heritage

Dalam sejarah Islam, terdapat ramai ilmuwan yang menulis mengenai muzik

Bermula tahun 800 masihi, ilmuawan Islam, Al-Kindi sendiri menulis buku yang bertajuk "Musiqi" yang menyentuh mengenai nilai terapi yang terdapat dalam muzik.

Selain itu, dalam coretannya itu juga beliau menyatakan bahawa muzik ini juga merupakan cabang dalam bidang falsafah dan matematik. 

Al-Farabi (872-951) yang merupakan ilmuawan Islam yang tersohor juga dikenali atas sumbangan besarnya dalam seni muzik. Beliau menulis lebih dari lima buah buku mengenai teori muzik serta implikasinya terhadap manusia. 

"Kitabul Al-Musiqa Al-Kabir" merupakan karyanya yang merungkai teori muzik dan ia diterjemah serta menjadi rujukan bagi beberapa universiti di Sepanyol.

Image via Muslim Heritage

"Rasulullah S.A.W tidak melarang ketibaannya di Kota Madinah disambut dengan nyanyian, tepukan serta paluan gendang."

Menurut Ketua Pengarah Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM), Prof. Datuk Dr. Azizan Baharuddin dalam temubualnya bersama Utusan Online, seni suara yang diterapkan dalam bacaan Quraan, zikir dan azan itu memperindahkan lagi apa yang ingin disampaikan.

Katanya juga Islam itu meraikan seni.

Ramai juga penggiat seni tanah air serta antarabangsa menggunakan muzik sebagai satu platform dakwah

Penyanyi seperti Yusof Islam atau Cat Stevens yang pernah menggemparkan muzik 70 'an apabila beliau memeluk Islam.

Bermula daripada itu, beliau menggunakan muzik sebagai platform dakwah.

Di Malaysia pula, penyanyi seperti M.Nasir menyelitkan unsur dakwah dalam lagu puisinya seperti lagunya yang berjudul Andalusia, dimana lagu itu menceritakan kemahsyuran kerajaan Islam Andalusia dan diakhiri dengan doa yang berbunyi "antal hadi antal haqqu, laisal hadi illa hu." yang bermaksud "Engkaulah (Allah) Yang Maha Petunjuk dan Engkaulah (Allah) Yang Maha Benar, tiada yang boleh memberi petunjuk selain daripada Engkau (Allah)"

Secara harfiahnya, muzik itu dibolehkan serta ada beberapa pendapat mengatakan bahawa muzik itu menjadi harus terutamanya bagi tujuan pembelajaran

Sebagai Muslimin, muzik itu tidak ada salahnya kecuali ia membawa kepada sesuatu yang kurang elok seperti percampuran lelaki dan perempuan atau sehingga melalaikan. 

Seni itu fitrah dan anugerah kepada manusia kerana ia dapat memberi pelbagai kebaikkan dari segi kesihatan mental dan juga fizikal. 

Walau bagaimanapun, jika ia melanggar syariat seperti yang disebutkan tadi, maka disitulah ia menjadi haram. 

Wallahua'lam 


Bak kata kumpulan Raihan, "Berhibur tiada salahnya kerna hiburan itu indah, hanya pabila salah memilihnya membuat kita jadi bersalah."

Artikel ini merupakan sebahagian daripada rantaian #saysplaylist, dimana kami mengetengahkan bakat-bakat dan lagu-lagu baru industri muzik tanahair

Image via Pixabay/SAYS

Jika anda ada sebarang cadangan atau idea untuk siapa yang kami boleh feature selepas ini, isikan pada ruangan komen di bawah!

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Bagi pasangan berkahwin, boleh cuba tips ini:

Mari kita hidupkan cara sunnah dalam majlis aqiqah

You may be interested in: