seismik

"Depression Tak Sama Dengan Stress!" - Gadis Kongsi Perihal Masalah Mental Yang Dialaminya

Seperti orang lain, Hannah juga mahukan kebahagiaan.

Cover image via chillinaris

Isu peningkatan pesakit mental di Malaysia yang dilaporkan di dalam media massa masa kini sewajarnya membuka mata kita semua

Image via Kosmo

Penyakit mental merupakan penyakit yang melibatkan gangguan pada fungsi otak yang boleh menyebabkan perubahan kepada proses pemikiran, perasaan dan tingkah-laku seseorang lalu mengakibatkan gangguan untuk menjalani aktiviti seharian dengan baik.

Dalam satu kenyataan akhbar yang dikeluarkan Kementerian Kesihatan Malaysia pada September 2016 melaporkan 29.2% rakyat Malaysia iaitu bersamaan dengan 1 daripada 3 orang mengalami masalah mental dan mereka berumur 16 dan ke atas.

Image via Ugetuget

Seperti yang dilaporkan, antara faktor-faktor yang mungkin menyumbang kepada masalah kesihatan mental adalah masalah atau krisis kewangan, tiada pekerjaan, stress pekerjaan, isu dan permasalahan keluarga seperti masalah hubungan, penceraian, kurang kemahiran keibubapaan, keganasan, penyalahgunaan substans dan faktor persekitaran.

Di samping itu, faktor-faktor ini sekiranya ditambah pula dengan kurang kemahiran daya tindak (poor coping skill) dan kurang sokongan sosial akan lebih memburukkan status kesihatan mental seseorang.

Walau bagaimanapun, seseorang yang mengalami masalah kesihatan mental atau gangguan mental seperti kemurungan lazimnya tidak tampil mendapatkan bantuan disebabkan oleh pelbagai faktor, misalnya stigma sosial dan kepercayaan terhadap sesuatu pegangan.

Sebelum ini pernah kecoh di media massa apabila seorang penyanyi menggunakan masalah mental sebagai gimik untuk mempromosikan salah satu lagu

Image via NST

Penyanyi tersebut yang sebelum ini mendakwa mengalami kemurungan melampau sehingga menyebabkan dia mengambil keputusan untuk berhenti menyanyi tiba-tiba mendedahkan bahawa dia mungkin ‘tersalah cakap’ mengenai situasi yang didakwanya sebelum ini ketika ditemubual oleh sebuah stesen radio terkemuka.

Perkara ini menimbulkan kemarahan kepada orang ramai baik rakan-rakan artis lain, peminat dan paling utama sekali mereka yang benar-benar bergelut dengan penyakit mental seperti kemurungan atau depression

Image via chillinaris

Seorang pengguna Twitter iaitu @HannahOnE4rth telah meluahkan rasa dukacitanya terhadap mereka yang menyalahtafsir istilah depression dan stress

Hannah sendiri yang mengalami masalah kemurungan telah mengongsikan kisahnya dalam bentuk thread untuk memberi kesedaran kepada orang ramai.

Baca thread tersebut di bawah:

Mereka yang mengalami masalah kemurungan sebenarnya tidak kuat dalamannya

Apa yang boleh dicakap sekiranya rakan atau ahli keluarga anda mengalami masalah kemurungan

Hannah didiagnosis dengan masalah kemurungan sejak tahun 2016 disebabkan pelbagai faktor

Namun begitu, dia tetap kelihatan gembira apabila bersama rakan-rakannya

Terdapat juga beberapa orang yang mengatakan dia tidak bersyukur

Hannah tidak mempunyai nasihat tepat kepada mereka yang mengalami masalah kemurungan, tapi adalah penting untuk menerima dan mengaku tentang apa yang dirasai itu

Dia juga menjelaskan mengapa traveling terlalu lama membuat dia mengalami masalah kemurungan

Paling penting sekali, jangan malu untuk berjumpa dengan pakar psikiatri

Seperti orang lain, Hannah juga mahukan kebahagiaan

Dia juga menasihati orang ramai agar tidak mempermainkan istilah depression kerana ia adalah perbuatan yang tidak sopan

Realitinya, hidup dalam kemurungan tidaklah sentiasa negatif, bahkan ada perkara-perkara yang positif turut berlaku

Sebagai masyarakat yang berilmu, kita perlulah peka dan prihatin dengan sekeliling kita dan membantu mereka yang bergelut dengan kemurungan tanpa menyinggung perasaan mereka

Boleh semua?

Image via Giphy

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

You may be interested in: