seismik

Trend 'Bachelorette' Lucah Kini Makin Popular. Apa Respon Yang Orang Kita Patut Buat?

Makin lama makin menjadi-jadi.

Cover image via Facebook

Kalau anda perasan, sekarang ini makin ramai para gadis di Malaysia yang terlibat dengan acara 'bachelorette party' bagi meraikan rakan yang bakal berkahwin

Image via wp.com

Acara 'bachelorette party' bertujuan bagi meraikan rakan yang bakal berkahwin dengan mengadakan makan malam, parti, sleep over, dan macam-macam lagi. Biasanya, tetamu yang hadir hanya terdiri daripada rakan karib atau teman rapat kepada bakal pengantin tersebut.

Ia juga diadakan sebagai tanda ucap selamat sebelum rakan itu meninggalkan kehidupan bujang buat selama-lamanya. Maklumlah, selepas berumah tangga nanti, pasti agak sukar untuk mereka semua bertemu atas dasar komitmen keluarga. Jadi, inilah masa terakhir untuk bakal pengantin berseronok dengan rakan-rakan karibnya sebelum bergelar isteri.

Namun lama-kelamaan, tema yang dipilih untuk acara 'bachelorette' ini dilihat semakin tersimpang jauh, malah semakin ramai juga yang terjebak

Yang paling popular dan trendy masa kini semestinya tema berunsur lucah.

Tema ini selalunya didatangkan dengan "pakej" bentuk kemaluan, tidak kiralah sama ada kemaluan lelaki atau wanita untuk diletakkan sebagai dekorasi dinding, dijadikan sebagai hiasan kek, mainan, belon, dan banyak lagi.

Contohnya seperti di bawah:

Image via Facebook
Image via Facebook

Baru-baru ini, seorang selebriti berprofil tinggi turut menarik perhatian orang ramai apabila 'bachelorette party'-nya mempunyai hiasan kemaluan pada cupcakes

Image via Instagram

'Bachelorette Party' selebriti itu telah diadakan secara tertutup dan dihadiri rakan rapatnya sahaja. Rakan-rakan yang hadir memeriahkan majlis itu telah datang dengan mengenakan baju tidur mengikut tema.

Apa yang menarik perhatian adalah hiasan cupcakes berbentuk kemaluan lelaki dan payudara wanita yang dihidangkan.

Image via Instagram

Ramai menganggap budaya barat yang semakin menular di kalangan wanita Malaysia ini sememangnya amat memalukan. Rata-rata netizen mengutuk tindakan berkenaan.

Image via Facebook
Image via Facebook

Persoalannya, adakah sambutan sebegini dibenarkan syarak?

Mufti Wilayah Persekutuan, Dato' Seri Dr. Haji Zulkifli Mohamad Al-Bakri pernah menghuraikan tentang perkara ini dalam satu posting bertarikh 21 November 2018 yang lalu.

Menurut tulisannya, bridal shower atau bachelorette party ini bukanlah suatu syiar mana-mana agama, ia hanyalah amalan yang dilakukan oleh kumpulan tertentu yang telah menjadi trend sejak sekian lama.

Mufti Wilayah Persekutuan, Dato' Seri Dr. Haji Zulkifli Mohamad Al-Bakri

Image via Berita Harian

"Oleh itu, sebagai hamba-Nya yang taat, kita perlu berhati-hati dalam memastikan identiti Islam sentiasa terpelihara daripada penyerupaan dengan agama lain.

"Lantaran itu, kita dilarang oleh Rasulullah SAW menyerupai golongan kafir dalam hal yang merupakan identiti atau lambang atau syiar agama mereka," katanya.

Setelah diteliti secara mendalam, Dr. Zulkifli berpendapat bahawa acara ini masih BOLEH diadakan.

Namun, umat Islam WAJIB mengikuti beberapa garis panduan seperti berikut:

  1. Menjauhi segala larangan dan perkara yang diharamkan syarak
  2. Memastikan tiada hidangan arak atau minuman yang memabukkan ketika acara ini berlangsung
  3. Menjaga batasan pergaulan di antara lelaki dan perempuan ketika majlis ini berlangsung
  4. Acara hanya bertujuan untuk mengeratkan silaturahim di antara pengantin dan sahabat-sahabatnya, dan bukan bertujuan untuk mengikuti budaya bara
  5. Menukar nama acara ini, kepada malam silaturahim, atau nama yang dirasakan bersesuaian agar dapat keluar daripada fitnah
  6. Mengelakkan sebarang pembaziran ketika berlangsung acara ini dan mengelakkan daripada bermegah-megah

Semoga kita sentiasa diberi hidayah dan petunjuk untuk mengamalkan syariat Islam. Amin.

Apa-apa pun, yang mana buruk tu kita jadikanlah sempadan, dan yang baik kita jadikan tauladan ya.

Image via giphy.com

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Yang ini pun merepek:

More stories to read: