[GALERI] David Blaine Pukau Penonton Malaysia Dengan Aksi 8 Minit 36 Saat Dalam Air
Kunjungan pertama David Blaine ke Malaysia berjaya membuat penonton teruja dengan persembahannya yang mengagumkan.
David Blaine memulakan jelajah "Real Or Magic Asia Tour" dengan persembahan memukau di Stadium Negara, Kuala Lumpur pada 5 September 2014
Acara pembukaan bagi malam magikal itu mempamerkan aksi David Blaine menelan tiga liter air mineral ke dalam perutnya sebelum menghembus kesemuanya keluar sehingga mampu memadam api
Ramai seperti tidak menyangka David Blaine ini seorang ahli silap mata yang cukup kelakar dan menghiburkan. Beliau dilihat cukup pandai bergurau dengan peminat. Bila melihat dari sudut penampilannya serta gayanya yang tampak serius, masing-masing menyangkakan David Blaine ini seorang individu yang agak pasif dan menakutkan.
David Blaine memulakan acara dengan ilusi memadamkan api pada logo db menggunakan 3 liter air yang telah selamat ditelan ke dalam mulut. Apa?
Cuba bayangkan, nak telan 3 liter pun dah susah, apatah lagi meludah kesemuanya keluar sehingga api boleh terpadam. Inilah salah satu kehebatan yang ditonjolkan David Blaine pada malam itu, dan itu baru sahaja acara pembukaan.
Saksikan kehebatan David Blaine memadamkan api menggunakan tiga liter air yang telah ditelan DI SINI:
Kemudian, beliau meneruskan persembahan silap mata melibatkan permainan daun terup, kepingan puzzle dan yang paling tak boleh dilupakan ialah persembahannya menebuk pemecah ais tembus ke tapak tangannya tanpa cedera
Aksi-aksi selepas itu pula melibatkan permainan ilusi daun terup, kepingan puzzle dan yang paling membuatkan peminat ternganga luas ialah apabila Blaine dengan selamba mencucuk pemecah ais menembusi tapak tangannya. Memang gila!
ohbulan.comMenakjubkan bukan? David Blaine sempat berjenaka sebelum memulakan ilusi itu dengan berkata, "jika sesuatu yang buruk berlaku, maka berakhirlah persembahan saya malam ini." Namun kita semua tahu itu takkan berlaku.
Blaine meminta bantuan daripada dua orang penonton untuk membantunya menolak pemecah ais melalui tapak tangannya tanpa mengeluarkan setitik darah. Beliau sempat bergurau kepada penonton dengan berkata, "Jika sesuatu yang buruk berlaku, maka berakhirlah persembahan saya malam ini. Jangan risau kerana terdapat penghibur lain yang akan mengambil alih persembahan untuk anda semua."
Blaine sikit pun tidak mengerang kesakitan mahupun mengalami pendarahan walaupun beliau telah siap sedia menjemput seorang doktor dari kalangan penonton untuk naik ke atas pentas jika terjadinya sesuatu yang tak diingini.
ohbulan.comSelepas itu, David Blaine meninggalkan pentas untuk acara selingan oleh tiga penghibur lain iaitu Yann Frisch dan Salah Benlemgawanssa dari Perancis, dan juga pengacara majlis, Todd Robbins yang tidak kurang hebatnya
Acara selingan juga tidak kurang hebatnya. Persembahan robotik dan 'slow motion' yang menakjubkan dari penari berbangsa Perancis, Salah Benlemgawanssa menerima tepukan gemuruh daripada penonton. Pergerakannya yang lembut seperti getah berjaya membuat penonton terpaku.
Kemudian diteruskan dengan ilusi dari pengacara pada malam itu, Todd Robbins yang agak merbahaya dan ngeri untuk dilihat. Todd mempamerkan aksi memaku hidungnya sendiri dan juga mengunyah mentol di hadapan ribuan penonton yang hadir. Memang menakutkan!
Selesai acara selingan, David Blaine kembali memukau penonton dengan acara terakhirnya, "Drowned Alive" dimana beliau dikehendaki duduk di dalam tangki yang penuh berisi air bersama dengan ikan-ikan eksotik
Usai persembahan selingan itu, Blaine kembali dan kali ini peminat dikejutkan pula dengan persembahan luar biasa yang memerlukan Blaine untuk berada di dalam tangki air dan cuba bertahan selama mungkin di dalamnya.
ohbulan.comUntuk makluman, David Blaine pernah mencuba aksi ini pada tahun 2006 di New York yang menyaksikan beliau mampu menahan nafas di dalam tangki bulat selama 7 minit 8 saat
Tapi kali ini di Kuala Lumpur, David Blaine berjaya memecahkan rekod peribadinya apabila dia mencatat masa 8 minit 36 saat menahan nafas di dalam air, rekod "Drowned Alive" paling lama oleh beliau setakat ini
Beliau berjaya bertahan di dalam tangki tersebut selama 8 minit 36 saat, rekod peribadi yang terbaik pernah dilakukannya setakat ini. Setelah dikeluarkan dari tangki, dalam keadaan sejuk dan seakan tidak bermaya, dia masih lagi sempat membenarkan penonton untuk mengambil selfie bersamanya serta bersalaman dengan orang ramai yang ternyata teruja dengan persembahan beliau.
Lagi gambar persembahan "Real Or Magic Asia Tour" oleh David Blaine di Stadium Negara: