seismik

[GAMBAR] Banjir Kilat Sedang Melanda Teruk Di Sarawak. Tapi Kenapa Ramai Tak Tahu?

Anda sedar atau tidak?

Cover image via postimg.org

Sejak Januari lalu, hampir seluruh rakyat Kuching, Sarawak dan beberapa daerah lain menghadapi kesukaran kerana berlakunya banjir dek sebab hujan yang tidak berhenti turun

Dilaporkan seramai lebih 7 ribu mangsa banjir di Kuching, Samarahan dan Serian dipindahkan di tempat perlindungan mangsa sejak 22 Februari lalu. Angka itu dikatakan turun dan naik sehingga ke hari ini.

Dan baru-baru ini, Astro Awani melaporkan keadaan bertambah buruk dan banjir kilat mula melanda bandar Kuching, Sarawak.

Tetapi mungkin tidak ramai yang mengetahui isu tersebut. Kami boleh katakan, keadaan di sana agak teruk walaupun tidak seteruk banjir yang berlaku di Kelantan dahulu. Lihat gambar-gambar di bawah:

Bandar Kuching, Sarawak

Image via fitrihadi.com
Image via fitrihadi.com
Image via fitrihadi.com

Hospital Umum, Sarawak

Keadaan kawasan rumah mangsa-mangsa banjir

Penduduk Kampung Bintawa keluar dari rumah untuk memindahkan barang-barang mereka ke tempat selamat.

Image via www.bharian.com.my

Misi bantuan dan pemindahan mangsa-mangsa banjir

Penduduk Samarahan yang dipindahkan

Image via www.wanitapbb.my

Bantuan sedang diagihkan

Image via www.wanitapbb.my

Operasi mencari dan menyelamat

Seorang lelaki dihanyutkan air korban pertama banjir di Sarawak, Februari lalu.

Image via www.malaysiastylonews.com

Mangsa banjir yang sakit segera dipindahkan

Image via www.wanitapbb.my

Mangsa-mangsa di pusat pemindahan

Berhubung perkara itu, terdapat satu ​post​ di Facebook yang mendakwa isu banjir di Sarawak kurang diketahui orang ramai kerana media tempatan kurang memberi laporan mengenainya

Post itu dibuat oleh akaun Facebook bernama Pencuri Movie pada 2 Mac lalu. Sehingga kini, post tersebut telah mendapat sebanyak lebih 6 ribu likes dan lebih seribu share.

Bagaimanapun, satu komen panjang telah dibuat oleh salah seorang wartawan akhbar The Star, Salfian Nawawi yang mana menidakkan dakwaan tersebut.

"Ianya adalah tugas yang amat mencabar jika berbanding dari mereka yang menggelar diri mereka sendiri sebagai 'wartawan' Facebook" - Salfian Nawawi

Jadi siapa perlu kita salahkan? Adakah sebenarnya kita yang tidak begitu aware dengan keadaan semasa? Kami doakan semoga keadaan banjir di Sarawak beransur pulih dan semua mangsa berada di dalam keadaan sihat dan selamat.

Inginkan lebih cerita menarik seperti ini? LIKE Facebook SAYS SEISMIK serta follow kami di Twitter dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Tahukah anda, kini ada cara yang lebih mudah untuk membina penempatan sementara buat mangsa banjir? Baca SINI:

You may be interested in: