seismik

[GALERI] Tiada Lagi Istilah Seksi, Barbie Kini Berhijab Dan Kelihatan Manis Sekali

Yang Tertutup Itu Indah, Yang Cantik Itu Solehah

Cover image via Instagram @hijarbie

Bila bercakap mengenai fesyen berhijab, kita selalu kaitkan dengan fesyen bintang-bintang tanah air seperti Yuna, Ziana Zain, Erra Fazira, Siti Nurhaliza dan banyak lagi. Tapi...

...tahukah anda semua, ada seorang lagi bintang yang kini sudah berhijab dan menjadi perhatian ramai?

Bintang tersebut sebenarnya adalah Barbie iaitu patung permainan dan watak animasi yang menjadi kegilaan kanak-kanak perempuan di seluruh dunia.

Image via www.forbes.com

Seperti yang biasa kita lihat patung Barbie selalu ditampilkan dengan pakaian yang serba moden dan agak seksi

Tapi pernahkah anda terfikir bagaimanakah wajah patung ini jika berhijab dan menyarung pakaian muslimah? OK, sebelum kami tunjukkan pada anda, mari kita lihat wajah kebiasaan patung barbie yang sering kita nampak.

Image via www.toysrus.com
Image via www.toysrus.com
Image via www.toysrus.com
Image via all4desktop.com

Namun, terdapat satu akaun Instagram bernama Hijarbie telah dibuat yang mana ia memaparkan gambar-gambar patung cantik ini mengenakan pakaian muslimah moden

OK, jom kita lihat!

Sekali pandang gaya posing pun dah macam model-model muslimah terkenal

Tambahan pula, padanan warna baju dan tudung sangat kena dan bergaya. Cantik kan?

Nampaknya warna hitam juga kelihatan menawan apabila disarungkan pada Hijarbie ini. Sangat elegan.

Yang menariknya, ada di antara fesyen-fesyen Hijarbie ini diilhamkan dari fesyen muslimah yang sebenar

Lihatlah, walaupun berbeza dari saiz pakaian yang original, namun jahitannya tetap tampak kemas dan sangat eksklusif.

Untuk pengetahuan anda, konsep dan idea ini datangnya dari seorang wanita muslimah dari Nigeria yang bernama Haneefah Adam

Wanita yang berumur 24 tahun ini memberitahu bahawa dia menjahit sendiri pakaian Hijarbie ini di rumah bagi memastikan patung tersebut memakai pakaian yang menepati saiz kecilnya itu.

Pengasas Hijarbie, Haneefah Adam.

Image via Instagram @hijarbie

Katanya, hijab membawa maksud kehormatan kepada dirinya dan ia adalah identiti unik dirinya. Tambahnya lagi, hijab adalah MAHKOTA untuk semua wanita Islam di dunia.

Jadi, dalam masa yang sama dia ingin menerapkan nilai pemakaian hijab tersebut kepada kanak-kanak kerana dia yakin ini antara medium yang terbaik.

Rupa-rupanya Haneefah memang seorang yang sangat kreatif. Anda boleh lihat semua hasil tangannya DI SINI dan semua gambar stunning patung ini di Instagram @hijarbie.

Inginkan lebih cerita menarik seperti ini? LIKE Facebook SAYS SEISMIK serta follow kami di Twitter dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Selalu kita tengok Barbie semua cantik-cantik, tapi yang ini pula berselulit dan berjerawat. Tak percaya cuba tengok SINI.

You may be interested in: