[GAMBAR] Kereta Saga Tersilap Undur Lalu Gilis Pelajar Sehingga Mati
Siapa sangka perkara yang kita lakukan setiap hari boleh bertukar menjadi mimpi ngeri.
Rutin Seharian Seorang Wanita Bertukar Mimpi Ngeri Apabila Kereta Yang Dipandunya Menggelongsor Ke Belakang Ketika Sedang Menaiki Sebuah Bukit
Menjadi rutin seorang wanita berusia 38 tahun untuk mengambil empat anaknya pulang dari sekolah setiap hari.
utusan.com.myNamun pengalaman semalam sudah pasti tidak dapat dilupakannya setelah kereta yang dipandunya tiba-tiba hilang kawalan lalu menggelongsor secara mengundur ketika menaiki sebuah bukit.
utusan.com.myKetika Mengundur, Kereta Itu Secara Tidak Sengaja Merempuh Dua Beradik Yang Sedang Berjalan Pulang Dari Sekolah. Lebih Malang Lagi, Seorang Daripada Mereka Digilis Dan Tersepit Di Bawah Kereta.
Lebih malang kereta Proton Saga FLX itu menggilis pula seorang murid berusia sembilan tahun yang sedang berjalan pulang bersama kakaknya berusia 11 tahun.
blogspot.comKetika menaiki sebuah bukit yang licin akibat hujan sebelum itu, kereta tersebut gagal dikawal lalu merempuh dua beradik sebelum separuh kenderaan itu nyaris terjunam di sebuah gaung dan hanya tergantung separuh badan.
utusan.com.myKemalangan ngeri itu berlaku kira-kira pukul 1 petang ketika wanita tersebut dalam perjalanan pulang selepas mengambil anak-anaknya dari Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Kapit, Bukit Goram di Sarawak.
blogspot.comMangsa Yang Digilis Itu Dikenali Dengan Nama Susanna Athey Manakala Kakaknya, Cecelia Tercampak Dan Mengalami Cedera Ringan Akibat Perlanggaran Terbabit
Pemangku Ketua Polis Daerah, Asisten Supritendan Chua Su Wan berkata, mangsa yang terbunuh ialah Susanna Athey yang digilis dan tersepit di bawah kereta itu manakala kakaknya pula, Cecelia tercampak dan hanya cedera ringan.
utusan.com.my“Pemandu kereta bersama anak-anaknya berjaya keluar dengan selamat dari kenderaan tetapi sepasukan anggota bomba dan penyelamat terpaksa dikejarkan ke tempat kejadian untuk mengeluarkan Susanna yang tersepit," katanya.
blogspot.comSusanna Kemudian Dikejarkan Ke Hospital Kapit Dengan Segera Namun Disahkan Telah Meninggal Dunia Sebaik Sahaja Tiba Di Hospital
“Mangsa yang dikejarkan ke Hospital Kapit bagaimanapun disahkan sudah meninggal dunia sejurus tiba,” kata Chua Su Wan.
utusan.com.mySu Wan berkata, pihaknya sudah mengambil keterangan pemandu kereta berkenaan dan wanita tersebut dibebaskan dengan jaminan.
blogspot.com