seismik

[GAMBAR] Lelaki 22 Tahun Putus Kaki Selepas Gagal Memotong Kereta

Seorang pemuda yang baru sahaja berusia 22 tahun perlu menghabiskan sisa hidupnya tanpa sebelah kaki.

Cover image via kezoom.blogspot

AMARAN: KANDUNGAN GRAFIK

Kejadian Berlaku Pada 7 Oktober 2014 Dimana Seorang Pemuda Putus Kaki Kanan Selepas Terbabit Dalam Satu Kemalangan Ngeri Melibatkan Sebuah Motosikal Dan Sebuah Lori

Akibat gagal memotong sebuah kenderaan, seorang penunggang motosikal putus kaki kanan manakala rakannya parah selepas terbabit kemalangan di Batu 6, Jalan Pantai-Jelebu pada pagi 7 Oktober 2014.

hmetro.com.my

Seorang penunggang motosikal putus kaki kanan selepas terlibat dalam kemalangan ngeri di Seremban.

Image via kezoom.blogspot

Ketika Kejadian, Penunggang Motosikal Yamaha LC Itu Cuba Memotong Sebuah Kenderaan Di Hadapan Namun Gagal Sebelum Dirempuh Sebuah Lori Dari Arah Bertentangan, Menyebabkannya Tercampak Sejauh Tujuh Meter

Ketua Polis Daerah Nilai, Superintendan Abdullah Roning berkata, dalam kejadian jam 7.10 pagi itu, mangsa yang dikenali Muhd Khairul, 22, dan rakannya, Akhmar Hanum, 20, menunggang motosikal jenis Yamaha LC dan dalam perjalanan dari Pantai ke Seremban.

blogspot.com

Penunggang, Muhd Khairul cuba memotong sebuah kenderaan di hadapan namun gagal sebelum terbabas ke laluan bertentangan dan merempuh sebuah lori.

Image via kezoom.blogspot

Katanya, sejurus tiba di lokasi, penunggang, Muhd Khairul cuba memotong sebuah kenderaan di hadapan namun gagal sebelum terbabas ke laluan bertentangan.

blogspot.com

Motosikal yang ditunggang hancur dirempuh lori dari arah bertentangan.

Image via kezoom.blogspot

"Ketika itu, sebuah lori yang datang dari arah Pantai ke Jelebu merempuh motosikal ditunggangi mangsa menyebabkan mereka tercampak sejauh tujuh meter," kata Abdullah Roning.

hmetro.com.my

Rempuhan Yang Kuat Itu Mengakibatkan Kaki Kanannya Putus Manakala Rakan Yang Dibonceng Turut Cedera Parah. Kedua-Dua Mereka Kemudian Dikejarkan Ke Hospital Tuanku Jaafar Seremban Bagi Mendapatkan Rawatan.

Serpihan dipercayai kaki kanan mangsa.

Image via kezoom.blogspot

Kata Abdullah, akibat rempuhan itu, Muhd Khairul putus kaki kanan manakala rakannya parah di bahagian badan serta pungggung.

blogspot.com

"Kedua-dua mangsa dibawa ke Hospital Tuanku Jaafar Seremban (HTJS) untuk rawatan lanjut," katanya lagi.

blogspot.com

Artikel Lain Berkaitan Kemalangan Di SAYS:

You may be interested in: