[GAMBAR] Nak Tahu Kenapa Apple Masih Nombor Satu Di Dunia? Lihat 25 Gambar Ini
Setiap kali syarikat Apple memperkenal peranti iPhone terbaru mereka, pasti orang ramai di seluruh dunia sanggup beratur panjang di luar kedai Apple bagi mendapatkan iPhone pada hari pertama pelancaran.
"iPhone mania" adalah satu acara dimana orang ramai di seluruh dunia sanggup menghabiskan masa berjam-jam beratur di luar kedai Apple kerana tidak sabar-sabar untuk membeli model iPhone terbaru yang dikeluarkan
Alex Ho, seorang pelajar dari Hong Kong, disambut dengan sebotol wain selepas menjadi pelanggan pertama untuk membeli peranti Apple iPhone 3G pada 11 Julai 2008. Beliau menunggu dari jam 10 malam sebelum telefon itu dijual pada pagi hari berikutnya di Melbourne, Australia.
Image via boston.comBagaimana pula dengan peranti terbaru Apple iaitu iPhone 6 dan juga iPhone 6 Plus? Jom kita lihat kegilaan orang ramai di seluruh dunia terhadap dua gajet terbaru di bawah:
London, England
Hujan tidak menghalang peminat iPhone berkhemah semalaman di luar kedai Apple di Covent Garden dan Regent Street di London.
Image via gsmland.roHujan tidak menghalang peminat iPhone berkhemah semalaman di luar kedai Apple di Covent Garden dan Regent Street di London.
Image via standard.co.ukSingapura
Peminat Apple beratur menunggu untuk membeli iPhone terbaru di Singapura seawal jam 4 pagi.
Image via hardwarezone.com.sgPeminat Apple beratur menunggu untuk membeli iPhone terbaru di Singapura seawal jam 4 pagi.
Image via yimg.comSydney, Australia
Peminat iPhone di luar kedai Apple di St George, Sydney pada pagi Jumaat, 19 September 2014.
Image via regmedia.co.ukPeminat iPhone di luar kedai Apple di St George, Sydney pada pagi Jumaat, 19 September 2014.
Image via smh.com.auNew York, Amerika Syarikat
Orang ramai beratur di luar kedai Apple di Fifth Avenue, New York untuk membeli iPhone 6 dan iPhone 6 Plus.
Image via wordpress.comOrang ramai beratur di luar kedai Apple di Fifth Avenue, New York untuk membeli iPhone 6 dan iPhone 6 Plus.
Image via nyt.comBerlin, Jerman
Peminat fanatik Apple di Berlin, Jerman sanggup membawa tilam, kerusi malah khemah semata-mata untuk beratur bagi mendapatkan model terbaru iPhone.
Image via businessinsider.comPeminat fanatik Apple di Berlin, Jerman sanggup membawa tilam, kerusi malah khemah semata-mata untuk beratur bagi mendapatkan model terbaru iPhone.
Image via thejournal.ieToronto, Canada
Orang ramai membuat barisan yang sangat penjang di salan sebuah pusat membeli belah di Toronto, Canada.
Image via financialpost.comOrang ramai membuat barisan yang sangat penjang di salan sebuah pusat membeli belah di Toronto, Canada.
Image via iphonote.comDi Shanghai pula, seorang lelaki sanggup menawarkan perkhidmatan "sewa teman wanita" dengan bayaran berbeza mengikut jam bagi mengumpul wang yang cukup untuk membeli model iPhone yang terbaru
"Perkongsian teman wanita untuk wang saku setiap hari..RM5 sejam, RM26 sehari, RM263 sebulan," tulisan pada papan tanda tersebut.
Image via upi.comLebih menarik, ada juga individu yang beratur awal tetapi tidak mahu membeli iPhone, sebaliknya "menjual" tempat itu kepada sesiapa yang berminat dan yang tidak mahu beratur panjang
Daripada ekspresi yang dapat kita lihat, 'kejayaan' membeli iPhone terbaru boleh dianggap sama seperti kejayaan pasukan bola sepak menjuarai World Cup
Andreas Gibson merupakan individu pertama yang membeli iPhone 6 di Fifth Avenue, New York.
Image via financialpost.comJamael Ahmed melompat di udara di luar kedai Apple selepas menjadi individu pertama membeli iPhone 6 di London.
Image via financialpost.comDavid Rahimi sanggup terbang dari California ke Sydney untuk menjadi antara yang pertama di dunia untuk mendapatkan iPhone 6.
Image via talkofnaija.comDan kerana kegilaan inilah Apple masih lagi nombor satu di dunia! Laporan terbaru juga menunjukkan Apple sekali lagi berjaya memecah rekod jualan hujung minggu untuk iPhone 6 dan iPhone 6 Plus iaitu sebanyak 10 juta unit!