[GAMBAR] Nelayan Malaysia Catat Rekod Dunia Terbesar Mengalahkan London
Malaysia sekali lagi berada di persada antarabangsa.
Pada 13 September 2014, Perarakan 1,180 Bot Nelayan Dengan Kibaran Jalur Gemilang Sejauh 100 Kilometer Di Perairan Terengganu Telah Dicatat Sebagai Perarakan Bot Terbesar Dunia Dalam Guinness World Records
Perarakan 1,180 bot nelayan dengan kibaran Jalur Gemilang dari Kuala Dungun ke Kuala Kemaman sejauh 100 kilometer pada 13 September 2014 dicatatkan sebagai Perarakan Bot Terbesar Dunia dalam Guinness World Records.
bharian.com.myKira-kira 15,000 pengunjung turut membanjiri lokasi acara bagi menyaksikan sendiri usaha nelayan tempatan dalam melakar rekod dunia itu.
teganukita.mySebelum Ini, Rekod Perarakan Bot Terbesar Dunia Dicatat Di London Pada Tahun 2012 Apabila Sebanyak 670 Bot Berarak Di Sungai Thames Sempena Sukan Olimpik
Wakil dari Guinness World Records, Fortuna Burke, mengesahkan kejayaan tersebut sekali gus mengatasi rekod 670 bot yang pernah dicatatkan di Sungai Thames, London pada tahun 2012 sempena Sukan Olimpik.
mylaunchpad.com.myMenurut Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek, Pencapaian Ini Membuktikan Semangat Cintakan Negara Yang Sangat Tinggi Oleh Para Nelayan Yang Harus Dicontohi Semua Orang
Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek, berkata kejayaan itu adalah bukti kepada kesungguhan dan kecekalan golongan nelayan melalui semangat Merdeka.
bernama.comBeliau berkata, ini juga boleh dijadikan dorongan kepada rakyat Malaysia lain untuk sama-sama mengibar Jalur Gemilang di mana sahaja mereka berada.
utusan.com.my"Penyertaan nelayan hari ini menyemarakkan sambutan bulan Kemerdekaan bagi membuktikan mereka bangga menjadi nelayan, dan hari ini mereka mahu membuktikan mereka cintakan Malaysia kepada dunia," katanya kepada pemberita selepas sambutan perarakan bot nelayan itu di Dataran Kuala Kemaman.
bharian.com.myJika Dibandingkan Dengan Tahun 2013, Malaysia Sekadar Mampu Mencatat Rekod Negara Dengan Perarakan Sebanyak 248 Bot. Ini Bermakna Pencapaian Pada Tahun 2014 Ini Sangat Memberangsangkan.
Semua bot berkenaan yang berarak dari Kuala Dungun sejak 7 pagi tadi, tiba di Kuala Kemanan kira-kira 12.30 tengah hari dan disambut penduduk sekitar Kemaman dan Dungun selain pelancong dari luar.
bernama.comKetua Sekretariat program itu, Mustafa Ab Rahman berkata kira-kira 6,000 nelayan menyertai program anjuran Kementerian Komunikasi dan Multimedia itu yang dirancang tahun lepas.
utusan.com.my"Selepas kejayaan mencatat Rekod Malaysia dengan 248 bot pada tahun lepas, kali ini kita mencatat sejarah baru di Kemaman," katanya.
bharian.com.myTahniah Diucapkan Kepada Kira-Kira 6,000 Nelayan Yang Terlibat Dalam Mengharumkan Nama Negara. Semoga Malaysia Terus Maju Ke Hadapan Dan Dapat Mencatat Lebih Banyak Lagi Rekod Dunia Pada Masa Akan Datang. Malaysia Boleh!