seismik

[GAMBAR] Pasti Anda Akan Hilang Selera Selepas Lihat Gambar Kilang Bihun Ini

Satu perkataan sahaja; menjijikkan!

Cover image via agendasemasa.com

[TERKINI] Kilang Bihun Cap Masjid Musnah Terbakar

Kilang kontroversi Bihun Cap Masjid musnah dalam kebakaran pada 17 Jun 2014 jam 3 pagi.

Image via 1malaysianews.com

Kilang bihun yang gagal mematuhi aspek kebersihan dan diarahkan tutup serta-merta oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) minggu lalu dilaporkan musnah terbakar dalam kejadian kebakaran di Batu 7, Jalan Ipoh, kira-kira jam 3 pagi pada 17 Jun 2014.

klxpress.com.my

Dalam Kejadian Itu, Empat Lagi Kilang Yang Terletak Berhampiran Turut Musnah Dijilat Api. 15 Anggota Bomba Dikerah Ke Lokasi Kejadian Pada Jam 3.25 Pagi.

Empat lagi kilang yang terletak berhampiran turut musnah djilat api.

Image via blogspot.com

Menurut Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Selayang, Azrul Khairi, pihaknya menerima panggilan pada jam 3.10 pagi. Dua jentera dengan 15 anggota dikerah ke lokasi kejadian dan tiba dilokasi kejadian 15 minit kemudian.

bnbbc.my

Katanya, ketika pasukan bomba tiba, api sudah hampir meranapkan kelima-lima unit kilang terbabit. "Pihak bomba terpaksa mengambil tindakan segera mengawal api daripada terus merebak ke beberapa lagi unit kilang berhampiran," kata Azrul.

hmetro.com.my

Kejadian Ini Agak Mengejutkan Lantaran Penyebaran Gambar Jijik Kilang Ini Sebelum Ini, Disusuli Dengan Kenyataan JAKIM Bahawa Kilang Tersebut Tidak Mempunyai Sijil Halal Yang Sah. LAGI GAMBAR:

Kilang Bihun Cap Masjid musnah dalam kebakaran.

Image via Daily Traffic Report

Kilang Bihun Cap Masjid musnah dalam kebakaran.

Image via Daily Traffic Report

Kilang Bihun Cap Masjid musnah dalam kebakaran.

Image via Daily Traffic Report

Kilang Bihun Cap Masjid musnah dalam kebakaran.

Image via Daily Traffic Report

Pernah Dengar Bihun Cap Masjid? Sebagai Pembeli, Mungkin Anda Pernah Terbeli Produk Ini Di Pasaran.

Bihun Cap Masjid.

Image via blogspot.com

Tapi Pernahkah Anda Lihat Gambar Kilang Pemprosesan Bihun Cap Masjid Ini Di Selayang?

Kilang Mee Hoon Van Loong Bee Hoon Sdn. Bhd.

Image via melvister.com

Lihat Gambar-Gambar Di Bawah. Jangan Terkejut Kerana Inilah Realiti Sebenar Kilang Pemprosesan Bihun Cap Masjid.

Gambar jijik kilang pemprosesan Bihun Cap Masjid yang tersebar luas di laman sosial.

Image via melvister.com

Gambar jijik kilang pemprosesan Bihun Cap Masjid yang tersebar luas di laman sosial.

Image via blogspot.com

Gambar jijik kilang pemprosesan Bihun Cap Masjid yang tersebar luas di laman sosial.

Image via blogspot.com

Menjijikkan Bukan? Tetapi Jika Dilihatkan Pada Pek Bihun Tersebut, Ada Tertera Logo Halal. Adakah Ini Bermaksud JAKIM Meluluskan Sijil Halal Ke Atas Produk Ini?

Terdapat logo halal tertera pada pek Bihun Cap Masjid.

Image via imgur.com

Jawapannya Tidak! JAKIM Mendakwa Kilang Tersebut Menggunakan Logo Halal Yang Dibuat Sendiri Tanpa Mendapat Kebenaran Dari JAKIM

Kenyataan JAKIM mengenai isu logo halal pada pek Bihun Cap Masjid.

Image via akamaihd.net

'Bihun Istimewa' cap masjid keluaran sebuah kilang di Selayang tidak mempunyai sijil halal yang sah.

utusan.com.my

Pengarah Bahagian Hab Halal Jakim, Hakimah Mohd Yusoff berkata, produk bihun itu mengguna pakai logo halal sendiri pada pembungkusan dan ia bertentangan dengan Akta Perihal Dagangan 2011, Perintah Perihal Dagangan (Perakuan dan Penandaan Halal) 2011.

bernama.com

Hasil Siasatan, Pihak Berkuasa Mendapati Kilang Terbabit Turut Mengeluarkan Produk Bihun Yang Lain Iaitu Cap Kucing, Cap Kambing Dan Cap Timun. Sehubungan Dengan Itu, Premis Itu Diarah Tutup Serta Merta.

Pihak berkuasa merampas Bihun Cap Kucing di sebuah pasaraya.

Image via ceritasemasa.com

Ketua Pengarah Penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Mohd Roslan Mahyuddin mengarahkan semua peniaga menghentikan penjualan keempat-empat jenama berkenaan di pasaran.

ceritasemasa.com

“Kita tidak dapat memastikan berapa luas penjualan semua jenama bihun dikeluarkan oleh kilang berkenaan, namun kita akan melakukan pemantauan berterusan di premis lain. Kita beri amaran kepada peniaga supaya tidak lagi menjual jenama berkenaan kerana ia adalah satu kesalahan dan sekiranya mereka didapati masih menjualnya, kita tidak akan teragak-agak untuk mengenakan hukuman berat,” katanya.

ceritasemasa.com

Namun Begitu, Pihak Kilang Bihun Tersebut Tetap Berdegil Dengan Arahan Yang Diberikan Pihak Berkuasa Dan Bertindak Untuk Meneruskan Operasi Seperti Biasa

Sungguhpun arahan sudah dikeluarkan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) untuk menutup operasi kilang bihun di Jalan Ipoh, Kuala Lumpur, namun tinjauan mendapati kilang tersebut masih beroperasi.

sinarharian.com.my

Gambar-Gambar Di Bawah Ini Juga Diambil Di Kilang Berkenaan. Apa Perasaan Anda Sebagai Pembeli?

Gambar jijik kilang pemprosesan Bihun Cap Masjid yang tersebar luas di laman sosial.

Image via blogspot.com

Gambar jijik kilang pemprosesan Bihun Cap Masjid yang tersebar luas di laman sosial.

Image via blogspot.com

Gambar jijik kilang pemprosesan Bihun Cap Masjid yang tersebar luas di laman sosial.

Image via blogspot.com

Gambar jijik kilang pemprosesan Bihun Cap Masjid yang tersebar luas di laman sosial.

Image via blogspot.com

Gambar jijik kilang pemprosesan Bihun Cap Masjid yang tersebar luas di laman sosial.

Image via blogspot.com

Gambar jijik kilang pemprosesan Bihun Cap Masjid yang tersebar luas di laman sosial.

Image via ceritasemasa.com

Cerita Berkaitan Lain Di SAYS:

You may be interested in: