seismik

[GAMBAR] Pemandu Dan Penumpang Nyaris Maut Dihempap Besi Projek LRT

Kejadian berlaku ketika kerja-kerja mengangkut besi sedang dijalankan sebelum terlepas dari mesin penyangkut lalu menghempap kereta mangsa.

Cover image via hmetro.com.my

Pada Pagi 26 Jun 2014, Besi Pembinaan LRT Didapati Menghempap Sebuah Kereta Dinaiki Seorang Pemandu Lelaki Dan Penumpang Wanita Di Jalan Lapangan Terbang Subang

Besi tersebut dikatakan terlepas dari mesin penyangkut lalu menghempap kereta mangsa.

Image via Daily Traffic Report

Seorang pemandu kereta lelaki dan penumpang wanita nyaris maut selepas besi pembinaan LRT di LTS menghala ke Lebuhraya Persekutuan menghempap kereta yang dinaiki mereka pada 26 Jun 2014.

hmetro.com.my

Dalam kejadian kira-kira jam 9 pagi itu, kerja-kerja mengangkut besi sedang dijalankan di tapak pembinaan sebelum terlepas dari mesin pengangkut dan terkena kenderaan mangsa jenis Honda Civic.

antarapos.com

Menurut Laporan, Kereta Mangsa Turut Dirempuh Oleh Sebuah Kereta Lain Dari Bahagian Belakang Selepas Dihempap Besi Tersebut

Sebuah van turut merempuh kereta mangsa dari bahagian belakang.

Image via Daily Traffic Report

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Asisten Komisioner Azmi Abu Kassim berkata, siasatan awal mendapati beberapa besi daripada tiang 88 projek LRT terbabit terjatuh dan menimpa kenderaan mangsa.

yahoo.com

Katanya, selepas dihempap besi, sebuah lagi kenderaan dari arah belakang turut merempuh kereta yang dipandu mangsa.

hmetro.com.my

Kedua-Dua Mangsa Mengalami Kecederaan Dan Dihantar Ke Pusat Perubatan Sime Darby Untuk Menerima Rawatan

Mangsa bagaimanapun hanya mengalami kecederaan.

Image via Daily Traffic Report

Jelasnya, kedua-dua mangsa telah dihantar ke Pusat Perubatan Sime Darby dekat Subang untuk menerima rawatan manakala pemandu van tidak mengalami kecederaan.

antarapos.com

Baru Sahaja Beberapa Hari Lalu, Telah Berlaku Satu Kemalangan Di Kawasan Pembinaan MRT Di Sekitar Pusat Bandar Damansara Melibatkan Sebuah Kereta BMW

Cerita Kemalangan Lain Di SAYS:

You may be interested in: