seismik

Ganjaran RM10,000 Akan Diberikan Untuk Individu Yang Bantu Polis Jejak Jamal Yunos

Ganjaran ini akan diberikan kepada siapa saja yang dapat memberikan maklumat baru dan berguna kepada polis.

Cover image via Berita Harian

Ahli Parlimen Kepong, Lim Lip Eng menawarkan ganjaran berjumlah RM10,000 untuk sesiapa sahaja yang boleh memberikan maklumat kukuh tentang lokasi terkini Ketua UMNO Sungai Besar, Datuk Jamal Yunos

Image via Malay Mail

Di akaun Twitter rasminya, Lim menulis, "Seorang warga marhaen melalui saya ingin menawarkan ganjaran RM10,000 kepada sesiapa yang mempunyai maklumat sahih mengenai tempat persembunyian ketua Umno bahagian Sg Besar, Jamal Md Yunos yang kini dalam buruan pihak polis."

Lim menjelaskan bahawa semua maklumat yang diterima daripada orang ramai akan disalurkan kepada pihak polis, yang kemudiannya akan ditubuhkan jika ada terdapat petunjuk yang berguna, menurut laporan yang dikeluarkan oleh Malay Mail.

Menurut Lim, seorang kenalan perniagaan beliau membuat tawaran tersebut semasa majlis makan malam pada 3 Jun yang lalu

Memetik laporan Malay Mail, Lim memberitahu bahawa, "Saya menghubunginya kembali pada waktu pagi untuk memeriksa sama ada beliau serius mengenai tawarannya, dan beliau mengatakan bahawa ianya serius."

Lim menjelaskan bahawa penerima hadiah sebanyak RM10,000 itu hanya perlu membawa polis ke arah yang betul, dan tidak semestinya ke lokasi di mana Jamal berada

"Walaupun Jamal masih belum boleh dijejaki selepas maklumat terkini telah diberikan, selagi maklumat itu baru dan berguna, kami akan memberikan ganjaran yang dijanjikan iatu RM10,000," katanya.

Image via Malay Mail

Walaupun lokasi Jamal yang terkini masih tidak diketahui, ahli politik itu mengeluarkan video berdurasi hampir tujuh minit pada 30 Mei. Dia kelihatan berdiri di tempat yang mempunyai banyak pokok kelapa sawit.

Di dalam video tersebut, Jamal menyuarakan bahawa, "Saya tidak menolak kedaulatan undang-undang tetapi saya takut ada tindakan serius lain yang menanti saya."

Anda boleh tonton klip penuh video tersebut di bawah:

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Berita terkini hanya di SAYS SEISMIK:

You may be interested in: