Gejala Jerebu Ingatkan Tentang Dukhan, Peristiwa Dunia Bergelap Selama 40 Hari
Bersediakah kita semua?
Dunia semakin tenat dan kiamat semakin dekat
Tiada siapa boleh nafikan perkara ini. Setiap saat yang berlalu mendekatkan lagi kita dengan Hari Kiamat. Bilakah ianya akan berlaku?
Itu adalah salah satu rahsia terbesar Allah yang hanya Allah sahaja tahu. Kita sebagai umat Islam haruslah percaya dengan iman bahawa kiamat itu benar dan pasti akan datang suatu hari nanti, dan kita perlulah bersedia menghadapinya dengan amalan-amalan yang diterima di sisi Allah.
Walau bagaimanapun, terdapat beberapa tanda kecil dan tanda besar kiamat yang wajar kita ambil berat.
Sedarkah kita semua bahawa gejala jerebu dan kebakaran hutan yang kerap kali berlaku masa kini adalah salah satunya?
Gejala jerebu dan kebakaran hutan ini bukan sahaja berlaku di Indonesia, malah di serata dunia.
Paling ketara baru-baru ini ialah kebakaran hutan hujan terbesar dunia, Amazon di Brazil yang berlangsung selama 3 minggu tanpa henti. Kebakaran ini terlalu dahsyat sehingga Amazonas - negeri terbesar di Brazil - mengisytiharkan darurat pada 19 Ogos 2019.
Selain Brazil, negara lain seperti Greece, Sepanyol, Turki, Perancis, dan Rusia juga menerima nasib yang sama apabila sebahagian besar hutan mengalami kebakaran yang amat buruk.
Pada akhir 2018, kebakaran besar turut berlaku di utara wilayah Carolina di USA mengorbankan lebih 50 orang. Kebakaran yang digelar sebagai 'Camp Fire' ini adalah yang terbesar pernah berlaku di negara itu dalam masa 100 tahun!
Peristiwa-peristiwa ini jelas menunjukkan tanda kecil kiamat seperti yang disebut dalam surah ad-Dukhan
Maka tunggulah hari ketika langit membawa asap yang nyata.”
Seorang lelaki di Instagram, Ervan Rizuan memuat naik satu post yang menceritakan tentang Dukhan (atau Dukhon), peristiwa asap tebal yang menggelapkan bumi selama 40 hari.
Apa yang menakutkan tentang peristiwa ini adalah setelah gelapnya bumi, semua peralatan elektronik akan terpadam buat selama-lamanya. Kereta, komputer, telefon bimbit, semuanya tidak boleh berfungsi.
Menurut Ervan, kita sudah pun memasuki fasa ad-Dukhan ini tanpa kita semua sedar. Kenapa?
Baca tulisan penuh Ervan di bawah:
Tahu tak apa itu Dukhon?
Dukhon tu asap tebal yang menggelapkan bumi selama 40 hari. Disebabkan meteor menghentam bumi nanti. Jangkaannya adalah bulan puasa di waktu subuh. Gelap dia nanti macam gelap Nabi Yunus dalam perut ikan Nun. Bumi kita ni dah masuk sungai meteor. Anytime boleh kena hentam dengan meteor.
Masa tu, semua elektrik2 teknologi ni padam buat selamanya. Sebab meteor tu ada saidrik sejenis zat besi neutral apa entah yang akan membuatkan daya tarikan besi2 lumpuh buat selamanya. Komputer kereta apa semua takleh pakai. Sebab tu kena belajar memanah, berkuda, berenang dari sekarang.
Orang beriman makanan dia adalah ZIKIR. Masa bergelap tu nanti baca "lailahaillantasubhanakainnikuntuminazzalimin" banyak2.
Masa dukhon terjadi tu. Masuk rumah masing2. Masuk bilik masing2. Baca subhanalkuddus rabbunalkuddus.
Ingat pesan ini. Kalau kita sempat. Sebab kita dah di fasa 4. Fasa Dukhon. Fasa Imam Mahdi tak tahu sempat ke tak. Kita ni fasa Dukhon sebab kita di fasa teknologi paling canggih. Nset pun touch2 je sekarang ni.
Barat dah siap sedia nak hadap Dukhon siap buat rumah bawah tanah lagi tu siap muatkan makanan selama setahun.
Untuk hadap Dukhon dijangka akan berlaku ni. Korang rasa korang banyak masa lagi ke nak kejar jutawan bagai?
Nak hafal Quran ke apa ke baiknya lah sekarang.
Bekal untuk generasi muda andai kata kita pergi dulu lah. Kita tetap akan mati. Check diri masing2. Apa bekal yang kita bawa. Ilmu sahaja tiada guna jika tiada amalnya. Sunnah apa yang kita buat, pakai dan ikut.
Adakah semua ke arah duniawi?
Isteri, anak2 dan waris kita. Apa amalan yang mereka amal? Ketat atau longgar pakaian mereka? Beramal mereka kerana Allah atau manusia?
Banyak lagi yg perlu kita ambil tahu kerana kita sudah pun berada di akhir zaman. Di mana pakaian sunnah dicemuh, pakaian yahudi diangkat dan dijulang. Solat jika perlu. Sunnah ditinggal. Artis diangkat dan dikenali. Ulama ditolak dan tidak lagi dikenali.
Hebatkah kita?
Jika kaki gagah melangkah ke serata dunia tapi masjid sekampung tidak pernah dikunjungi, surau bagai rumah kosong tak berpenghuni. Setelah rezeki yang Allah limpahkan, kita tipu Allah, kita lupa Allah.
Semoga tulisan ini dapat menjentik keinsafan dalam diri kita semua dan memberi kita motivasi untuk berubah ke arah yang lebih diredhai Allah
Semoga istiqamah para sahabat Muslim sekalian. Renung-renungkan dan selamat beramal. :)