"Beri Aku Rezeki Seluas Langit Mu" - Neelofa Dedah Doa Diamalkan Bagi Rezeki Melimpah Ruah
Doa merupakan senjata dan perisai kejayaan hidup setiap umat islam. Jadi, sebagai hambaNya, jangan pernah berhenti berdoa.
Umat Islam mempunyai 'senjata' yang begitu kuat iaitu 'doa'
Setiap doa yang dipinta akan didengari olehNya dan pasti akan termakbul pada waktu mengikut ketentuan Yang Maha Esa. Cepat atau lambat, itu bukanlah isu yang perlu dipersoalkan. Malah, sebagai hamba yang soleh dan solehah, jangan pernah berhenti untuk berdoa kepadaNya.
Paling penting, berdoalah dengan bersungguh-sungguh dan yakin sepenuhnya apa yang dihajati. InsyaAllah, Dia akan mendengar setiap doa dan rintihan hambaNya.
Mungkin anda boleh perbaiki cara berdoa supaya maksudnya akan lebih mendalam dan isi doa itu akan lebih bermakna
Memang betul, doa tidak semestinya perlu dipanjangkan untuk memastikan bahawa doa tersebut akan diterima Tuhan dan lebih bermakna. Ada juga terdapat doa yang pendek namun sangat besar manfaatnya jika diamalkan dalam kehidupan seharian.
Ianya bukanlah terletak pada kepanjangan doa, namun cara anda meminta sesuatu kepadaNya perlulah dengan niat yang betul dan sesuatu yang diminta pula boleh membawa anda dan seluruh umat Islam ke arah kebaikan.
Sebagai contoh, Neelofa yang merupakan salah seorang usahawan muda berjaya pada masa kini telah berkongsi doa yang diamalkan olehnya dalam kehidupan hariannya dalam satu klip video baru-baru ini
Video tersebut sudah mula disebarkan dan mendapat perhatian ramai di laman Twitter apabila seorang pengguna Twitter iaitu @maiadnan berkongsi klip video itu melalui satu tweet. Ia telah meraih lebih 78 ribu retweets dan 76 ribu likes ketika artikel ini ditulis.
Dalam klip tersebut, Neelofa juga turut menyuruh setiap orang yang mendengar pada ketika itu untuk menulis kembali cara-cara berliau berdoa supaya dimurahkan rezeki setiap hari.
Tonton klip penuh di bawah:
Tersentuh sungguh bila mendengar doa pembuka rezeki dari Neelofa ini.
Anda boleh sebar dan kongsikan doa ini kepada ahli keluarga, rakan-rakan dan setiap saudara Islam supaya diberikan rezeki yang tidak putus. Amin...