[TERKINI] Anggota Polis Ditemui Mati Ditembak Di Kepala
Seorang anggota polis yang berpangkat lans koperal dari cawangan khas (SB) Bukit Aman ditemui mati akibat ditembak di kepala.
"Dia Tidak Ada Musuh," Kata Bapa Saudara Polis Yang Ditembak Di Kepala
Bapa saudara mangsa, Ashok Kumar, 56, berkata anak saudaranya itu seorang yang baik hati, bertanggungjawab dan sangat rapat dengan ibunya.
hmetro.com.my"Ahli keluarga kami sangat terkejut menerima (berita) kematian ini," katanya
ketika ditemui di ruang menunggu Unit Forensik Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), di sini, hari ini.
"Bapanya Adalah Pesara Polis Dan Dialah Yang Menggalakkan Anaknya (Mangsa) Menceburi Bidang Kepolisan Ini," Katanya
Ashok berkata, mendiang menyertai polis sejak 1997 dan masih bujang.
"Kali terakhir saya berjumpa dengannya sebulan lalu, mendiang amat sibuk dengan tugasnya kerana sering berada luar daerah.
sinarharian.com.my"Mayat mendiang akan dibawa pulang ke rumah saya di Klang hari ini dan upacara membakar mayat dilakukan esok pagi," kata Ashok.
sinarharian.com.mySeorang Anggota Polis Ditemui Mati Ditembak Di Kepala Di Jalan Negeri Sembilan, Bukit Persekutuan Pada 4 Februari 2014
Difahamkan, kejadian disedari orang awam yang ternampak mayat mangsa, T Thivakar, 37, berpakaian lengkap, terbaring berdekatan sebuah motosikal jam 4.30 petang.
hmetro.com.myAnggota berpangkat Lans Koperal berumur 37 tahun itu dipercayai ditembak dari jarak dekat dengan mayatnya ditemui kira-kira 1.5 meter dari sebuah motosikal.
huluselangor.netTimbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, ACP Khairi Ahrasa berkata mangsa ditemui orang awam yang melalui kawasan itu kira-kira 4.30 petang yang kemudian memaklumkannya ke Balai Polis Travers.
huluselangor.netPolis Turut Menemui Dua Kelongsong Peluru Berukuran 9mm Berhampiran Mangsa, Sebuah Motosikal, Sebuah Topi Keledar Dan Jaket
Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Asisten Komisioner Khairy Ahrasa ketika ditemui berkata, siasatan menyeluruh bagaimanapun masih sedang dijalankan pihaknya mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
huluselangor.net"Kita masih menyiasat sama ada mangsa membawa senjata kerana ia tidak ditemui di tempat kejadian," katanya.
busuk.orgRakan Setugas Anggota Cawangan Khas PDRM Ditahan Untuk Membantu Siasatan Polis
Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Mohmad Salleh berkata anggota terbabit ditangkap pada 7.00 malam dan dibawa ke Balai Polis Travers.
themalaysianinsider.com"Umurnya dalam lingkungan 30an, polis juga telah merampas sepucuk pistol miliknya serta beberapa dokumen lain yang berkaitan," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Penyerahan Papan Kenyataan Kelab Pencegahan Jenayah bagi sekolah di kawasan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur serta Putrajaya di sini, hari ini.
harakahdaily.net"Mangsa Bunuh Tidak Membawa Senjata Api Ketika Kejadian, Motif Kejadian Masih Belum Dapat Dipastikan"
Mayat mangsa telah dibawa ke Pusat Perubatan Universiti Malaya untuk bedah siasat.
busuk.org