[GEMPAR] Budak Lima Tahun Maut Terjatuh Dari Tingkat 6. Apa Tindakan Pihak Berkuasa?
Jeriji karat pada balkoni dikatakan menjadi punca adik Mohammad Zulhazriq terjatuh.
Petang Semalam, Seorang Kanak-Kanak Lelaki Terkorban Akibat Terjatuh Dari Tingkat Enam Di Rumah Kediamannya Di Blok B PPR Kota Damansara
Kejadian kira-kira pukul 4 petang itu yang menimpa adik Mohammad Zulhazriq, 5, menggemparkan penduduk kawasan setempat.
Kanak-kanak itu dipercayai cedera parah di kepala dan anggota badannya ekoran mayatnya ditemui sudah berlumuran darah.
Kejadian Itu Dikatakan Berpunca Dari Kawasan Bangunan Berkenaan Yang Dikatakan Uzur Dan Tidak Selamat Terutama Pada Bahagian Pagar Hingga Menyebabkan Mangsa Terjatuh Ketika Sedang Bersandar
Menurut Seorang Netizen, Mohd Fazrul Mohd Saat, Isu Ini Telah Lama Dibangkitkan Kepada Pihak Berkuasa Namun Tiada Sebarang Tindakan Pun Diambil. Malah, Faktor Keselamatan Tetap Diabai Walaupun Harga Sewa Rumah Telah Naik.
Beberapa penduduk PPR tersebut turut melahirkan rasa kesal terhadap pihak Kerajaan Negeri Selangor terutamanya pihak JMD dan MBPJ yang tidak mengambil sebarang tindakan walaupun telah memaklumkan kepada mereka berhubung kerosakan teruk pada bangunan berkenaan.
rakyatnews.myInsiden Itu Sekali Gus Mengundang Rasa Simpati Orang Ramai Dan Pada Yang Sama, Masing-Masing Berharap Tindakan Segera Akan Diambil Agar Isu Sebegini Tidak Lagi Berbangkit Di Masa Hadapan
Merujuk Kepada Laporan Antarapos Yang Diterbitkan Pada 15 Februari 2013, Rumah PPR Di Situ Bukan Sahaja Rosak Teruk Malah Diburukkan Lagi Dengan Masalah Keselamatan, Kebersihan Dan Juga Lif Yang Tidak Berfungsi
Berikut adalah antara luahan penduduk PPR Kota Damansara berhubung masalah yang sering dihadapi mereka:
"Di sini kebersihan dia memang tidak memuaskan dan sangat kotor. Masa awal-awal pindah ke sini kawasan dia memang teruk. Tahap keselamatan rumah dia pun tak terjamin, balkoni berlubang dan hanya ditampal dengan papan sahaja. Macam mana kalau ada anak kecil yang jatuh?"
"Rumah-rumah yang dibiarkan kosong menjadi sarang penagihan dadah. Kalau waktu petang kita boleh lihat mereka berkeliaran, tapi kalau kita tak kacau mereka tak akan ganggu kita. Pihak berkuasa pun jarang memantau kawasan ini kecuali jika ada laporan baru ada yang datang."
"MBPJ hanya akan datang apabila masalah itu serius sahaja, jika masalah sampah atau lif, mereka tidak akan berbuat apa-apa. ADUN Kota Damansara ada juga turun padang tetapi bila ada keperluan sahaja, bukan selalu."
"Masalah kat sini, lif tidak terurus. Kadang-kadang jalan, kadang tak. Sekarang ni yang berfungsi hanya satu sahaja. Masalah kebersihan memanglah tak bersih, kotor di tangga, penduduk juga tidak ambil berat tentang masalah ni."
Dalam Pada Itu, Kematian Melibatkan Adik Mohammad Zulhazriq Rupa-Rupanya Adalah Kematian Kedua Di Lokasi Terbabit Selepas Satu Lagi Kematian Dengan Jalan Cerita Sama Berlaku Tahun Lepas
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Damansara, Halimaton Saadiah Bohan berkata setahun lepas seorang kanak-kanak juga jatuh dari tingkat 14 di blok lain sehingga menyebabkan kematian.
Menurutnya, aduan yang dibuat oleh penduduk PPR berkenaan sudah lama berkaitan jeriji besi yang cepat reput dan berlubang tetapi kerajaan negeri pimpinan Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali seperti tidak melakukan apa-apa yang benar-benar berkesan.
“Saya nak gesa supaya PHSSB mengambil tindakan segera ke atas permasalahan yang dihadapi melibatkan infrastruktur pangsapuri PPR itu. Kejadian yang sama dah berlaku dulu PPR di tingkat 14, jatuh juga disebabkan railing (jeriji besi) reput. Tepat setahun, kejadian berlaku disebabkan kerajaan negeri tidak mengambil tindakan cepat,” katanya.
“Penduduk Dah Maklumkan Benda Yang Sama. Takkan Nak Tunggu Beberapa Nyawa Lagi Terkorban Baru Hendak Bertindak.”
Menurut penduduk, pihak bertanggungjawab ada melakukan proses membaiki jeriji berkenaan tetapi hanya di tingkat yang terletak di bahagian atas pangsapuri dan tidak di pertengahan pangsapuri PPR itu.
Halimaton juga komited untuk membuat aduan kepada Exco Negeri yang bertanggungjawab iaitu Iskandar untuk satu tindakan drastik segera dibuat.
“Saya nak buat aduan direct kepada Exco yang bertanggungjawab, apa tindakan drastik yang akan dibuat,” katanya lagi.