seismik

[GEMPAR] Fosil & Tengkorak Manusia Berusia 10,000 Tahun Ditemui Di Bukit Keteri, Perlis

Dipercayai ia mempunyai pengaruh Hindu-Buddha sekitar abad ke-5.

Cover image via @JapenPerlis (Twitter)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Baru-baru ini, Malaysia digemparkan dengan penemuan fosil tulang dan tengkorak manusia di Bukit Keteri, Perlis

Fosil tulang dan tengkorak manusia yang ditemui kira-kira berusia sekitar 5,000 tahun hingga 10,000 tahun. 

Bukan setakat itu, hasil penjelajahan Jabatan Warisan Negeri Perlis dan Persatuan Pendaki Negeri Perlis turut menemui lukisan pada dinding gua zaman proto sejarah di Gua Semadong.

Penemuan itu telah membuktikan negeri Perlis pernah menjadi kawasan penempatan masyarakat prasejarah sejak ribuan tahun dahulu.

Lihat posting penuh itu di bawah:

Bukan saja tengkorak, malah terdapat lukisan pada dinding di gua

Menerusi hasil eksplorasi Jabatan Penerangan Negeri Perlis, terdapat beberapa lukisan yang dijumpai pada dinding gua. Antaranya termasuklah lukisan berbentuk binatang seperti lembu, gajah, ular, mawas serta manusia.

Menurut sumber, Mohd Azmi Mohd Yusof, Pesuruhjaya Jabatan Warisan Negara (JWN) berkata bahawa penemuan itu penemuan sejarah yang terbaru. Penemuan dari negeri Perlis merupakan penemuan yang baik untuk merangka kronologi sejarah.

"Kita percaya ia mempunyai pengaruh Hindu-Buddha yang dianggarkan sekitar abad kelima hingga ke-10 Masihi."

"Berdasarkan kajian lalu yang dibuat di kawasan gua di Bukit Chuping, Bukit Tunku Lembu. Bukit Ngulang, Bukit Kerengga dan Bukit Changkul membuktikan bahawa tempat berkenaan digunakan sebagai tapak penempatan dan pengkebumian masyarakat paleolitik dan neolitik berdasarkan penemuan artifak pelbagai jenis alat batu dan tembikar tanah"

"Kita percaya kawasan ini bukan sahaja didiami oleh masyarakat prasejarah, malah pernah dihuni oleh masyarakat zaman proto sejarah berdasarkan artifak seperti kalam semah (votive tablet) yang turut ditemui di kawasan itu," katanya.

Beliau juga berharap agar kita sebagai masyarakat perlu menjaga warisan ini supaya kajian dapat terus dilakukan pada masa akan datang.

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

You may be interested in: