seismik

[VIDEO] "Bekalan Sekampung" - Buat Kolam Sendiri, Cara Pemuda Ini Tadah Air Curi Tumpuan

Macam untuk setahun ya dia tadah air!

Cover image via @alan_tmg (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Umum ketahui banyak kawasan Selangor akan mengalami gangguan bekalan air secara berjadual

Hal ini disebabkan kerja-kerja penambahbaikan dan penyelenggaraan yang sedang dilakukan oleh pihak Air Selangor.

Menurut sumber, sebanyak 998 kawasan di Wilayah Petaling, Klang, Shah Alam, Gombak, Kuala Lumpur, Hulu Selangor, Kuala Langat dan Kuala Selangor bermula jam 9.00 pagi, 13 Oktober 2021 dan dijangka akan pulih sepenuhnya pada jam 9.00 malam, 16 Oktober 2021.

Oleh sebab itu, ramai warga Selangor dilihat sudah mula menyimpan air untuk menempuhi 4 hari yang bakal tiada air itu. Tular sebuah video di TikTok apabila cara seorang pemuda menyimpan air telah mencuri tumpuan.

Lihat video penuh itu di bawah:

Kolam saiz XXXL ini memang muat bekalan air untuk satu kampung

Menerusi video berkenaan, ada sesetengah keluarga yang mengambil inisiatif untuk mengisi air ke dalam kolam air renang anak mereka.

Apa yang lebih menghiburkan adalah apabila terdapat seorang pemuda menyimpan airnya di dalam kolam yang lebih besar. Kolam itu diletakkan di luar rumah sambil dia mengisi penuh air kedalamnya.

"Dari pagi aku isi air, tak penuh-penuh." katanya. Rupa-rupanya, pemuda itu sudah bersedia menghadapi krisis air dengan membina kolam itu sendiri di depan rumahnya.

Lihat video sambungan penuh itu di bawah:

"Bayangkan dah isi penuh, ada orang terjun dalam tu" - Netizen

Sementara itu, hasil tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut teruja dengan kolam pemuda itu yang besar. Malah, ramai kagum dengan kegigihan dia. 

Ketika artikel ini ditulis, video itu telah meraih 356K tontonan, 37K tanda suka dan 980 komen di TikTok. 

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Kreatif lah bang, tapi tulah jenuh nak tunggu air penuh! :P

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

You may be interested in: