seismik

[VIDEO] "Kunci Pintu" - Tonton Wayang Secara Pandu Lalu Dikelilingi Hantu Ini Curi Tumpuan

Nampak best tapi cuba bayangkan kalau hantu tu betul?

Cover image via @putriald_ (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Tonton wayang secara pandu lalu sudah semakin popular di serata dunia

Ia membolehkan anda menonton wayang kegemaran sambil makan di dalam kereta. Pada awalnya, tempat sebegini popular di negara barat saja.  Tidak terkecuali negara dari seberang iaitu Indonesia turut terinspirasi dengan cara itu.

Tular baru-baru ini video di TikTok tentang pengalaman orang yang pergi menonton wayang sambil dikelilingi hantu telah mencuri tumpuan ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

@putriald_

for the first time @driveinsenja #fyp #malammencekam

suara asli - Raa - Faraa

Tengok wayang sambil dikejutkan dengan beberapa hantu

Menerusi video berkenaan, kelihatan sebuah kereta sedang menuju ke panggung wayang secara pandu lalu di Drive In Senja, Indonesia yang bertemakan 'Malam Mencekam'. 

Apa yang lebih menarik perhatian adalah apabila terdapat ramai orang yang melakonkan pelbagai jenis hantu di kawasan tersebut untuk mengejutkan para penonton. 

Lebih menghiburkan lagi, gadis yang berada di dalam kereta tersebut dilihat selamba menurunkan tingkap dan tidak merasa takut langsung. 

Lihat video sambungan penuh itu di bawah: 

@putriald_

Balas @syffaqlla pls gua malah ketawa

suara asli - putrialaida - putrialaida

"Walaupun tu manusia, tapi aku tetap akan nangis" - Netizen

Dalam pada itu, hasil tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut kagum dengan keberanian gadis itu. Malah, ramai yang berkongsi pendapat masing-masing. 

Ketika artikel ini ditulis, video itu telah meraih 10.6M tontonan, 1.4M tanda suka dan 26K komen di TikTok. 

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Kalau pocong tu dekat luar tingkap pun kita dah jerit, dia siap buka tingkap! :'D

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: