seismik

"Ingatkan Lipan Besar" - Gadis Selamba Pegang Ulat Gonggok Ini Buat Netizen Terpukau

Beraninya dia!

Cover image via @meyrazuzuu (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Ramai yang gemar melakukan aktiviti outdoor sekarang ini bukan?

Ada yang piknik tepi pantai, hiking, mandi sungai atau air terjun dan macam-macam lagi. Kebiasaannya kalau di tempat-tempat alam semula jadi, pasti banyak binatang yang dijumpai. 

Sama seperti video gadis yang tular baru-baru ini di TikTok apabila dia selamba pegang ulat gonggok yang ditemui tepi sungai telah mencuri tumpuan. 

Lihat video penuh itu di bawah: 

@meyrazuzuu

Satisfying betul jumpa yang besar macam ni

original sound - Meyrazuhairi - Meyrazuhairi

Selamba pegang ulat gonggok besar menggunakan jari

Menerusi video berkenaan, kelihatan seorang gadis dan keluarganya sedang bermandi-manda di tepi sungai. 

Apa yang lebih mengejutkan adalah apabila dia dilihat sangat berani memegang dan mengangkat ulat gonggok yang dikirakan lipan besar itu. Rupa-rupanya, binatang itu merupakan ulat gonggok yang besar dan bukan lipan. Kelihatan gadis itu sangat bersahaja dan tidak takut. 

Lihat video penuh sambungan itu di bawah: 

@meyrazuzuu

Cukup lah dengan ulat gonggok! Jom makan

original sound - Meyrazuhairi - Meyrazuhairi

"Kalau masuk dalam rumah saya, rumah tu dia punya" - Netizen

Dalam pada itu, hasil tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut kagum dengan keberanian gadis itu. Malah, ramai juga yang merasa takut dengan ulat gonggok. 

Ketika artikel ini ditulis, video itu telah meraih 2.4M tontonan, 172K tanda suka dan 9K komen di TikTok. 

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Kita yang tengok ni pun rasa takut, dia boleh pegang gitu je. Hebat! :P

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik