Ini 10 'Aktiviti Outdoor' Klang Valley Yang Boleh Lakukan Bersama Rakan & Keluarga. Syok!
Yay, day spent well.
Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Anda kehilangan idea tak tahu tempat mana dah nak meluangkan masa bersama rakan dan keluarga?
Pasti ada yang naik bosan setiap weekend pergi ke pusat beli-belah, makan dan window shopping. Apa kata kita tukar selera sikit, banyak lagi keindahan alam yang boleh kita nikmati sebenarnya.
Pada yang sukakan nature vibes, anda pasti tertunggu-tunggu info ini daripada kami. Buat yang sukakan nature vibes, anda pasti tertunggu-tunggu info ini daripada kami. Jom lihat list aktiviti outdoor yang boleh anda lakukan bersama orang yang tersayang.
1. Water Rafting - Kuala Kubu Bharu, Selangor
Siapa yang gemarkan aktiviti air, boleh cuba water rafting di Kuala Kubu Bharu di Selangor. Anda akan diberikan tunjuk ajar seperti water confidence sebelum boleh bermain. Trainer di sini semuanya sangat berpengalaman untuk memberi tunjuk ajar supaya anda tidak akan panik apabila jatuh ke dalam air.
Jika ke sini, anda tidak perlu risau dengan gambar dan video kerana pakej yang ditawarkan lengkap dengan kedua-duanya. Seronok!
Harga: RM180 seorang
Klik sini untuk info lebih lanjut.
2. ATV - ATV Adventure Park, Kemensah
Sukakan aktiviti lasak dan nature vibes? ATV sangat sesuai untuk anda. Kebiasaannya memang susah nak mencari tempat yang boleh bermain ATV di tengah-tengah bandar bukan? Kini tidak, anda boleh mengajak rakan atau keluarga untuk ke sini. Memang ekstrem!
Harga: RM100 hingga RM200 (Mengikut pakej)
Klik sini untuk info lebih lanjut.
3. Aktiviti air dan rakit - Tadom Hill, Banting
Aktiviti air sudah menjadi kegemaran ramai sejak kebelakangan ini. Bukan saja dapat merasa air yang menyegarkan, malah kalau bersama rakan atau keluarga yang ramai. Confirm riuh suasana!
Terdapat pelbagai aktiviti yang boleh anda lakukan di sini selain bermain rakit, water confidence dan water slides. Anda juga boleh memilih aktiviti lasak seperti ATV, Go Kart, Flying Fox, Archery dan sebagainya dengan cas tambahan.
Harga: RM25 seorang
Klik sini untuk info lebih lanjut.
4. Flying fox - Zipline, Shah Alam
Masa inilah nak cabar diri, lupakan sifat takut gayat, pejam mata dan enjoy the ride! Zipline baru saja dibuka di Taman Tasik Shah Alam. Aktiviti flying fox disini mendapat sambutan baik daripada masyarakat. Ramai yang sudah cuba, anda bila lagi?
Harga: RM25 seorang
Klik sini untuk info lebih lanjut.
5. Go Kart - Xpark Sunway Serene, PJ
X Park Malaysia mempunyai banyak cawangan di seluruh negeri. Ia memang dikenali sebagai tempat Go Kart paling best. Anda jangan risau tentang cuaca yang panas kerana trek dan laluan Go Kart disini ada yang mempunyai bumbung.
Klik sini untuk info lebih lanjut.
6. Aktiviti outdoor - ESCAPE, PJ
Uji kebolehan anda dengan meluangkan masa di ESCAPE yang terletak di Paradigm Mall, Petaling Jaya. Banyak lagi permainan yang ada di sana seperti Banana Flip, Jumping Jack, Coco Climb dan banyak lagi. Kalau bawa geng ni confirm seronok!
Harga: RM98 (Dewasa sehingga umur 60 tahun)
Klik sini untuk info lebih lanjut.
7. Forest adventure - Skytrex Adventure, Sungai Congkak
Sukakan aktiviti lasak, mencabar dan nature vibes? Skytrex jawapannya. Anda akan memilih pakej tahap kelasakan di kaunter. Seterusnya, anda akan dilatih cara memasang dan bermain di setiap stesen. Tidak dinafikan, awal-awal akan rasa takut dan gementar, tetapi lama kelamaan anda akan terbiasa dan rasa seronok bermain.
Harga: RM80 seorang
Klik sini untuk info lebih lanjut.
8. Paragliding, Bukit Jugra
Teringin nak paragliding, tetapi tidak tahu bagaimana caranya? Tidak usah risau, datang ke Bukit Jugra, anda akan dilatih dan ada juga pengiring yang akan membawa anda menikmati pemandangan yang indah. Bestnya!
Harga: RM240 seorang
Klik sini untuk info lebih lanjut.
9. Kayak - Bagan Lalang, Sepang
Rare bukan kayak sambil menikmati suasana hutan paya bakau? Anda akan dibekalkan makan tengahari, tutorial kayak, life jacket untuk trip sehari itu. Tunggu apa lagi? Jom ajak kawan-kawan atau keluarga ke sini!
Harga: RM120 (dewasa)
Klik sini untuk info lebih lanjut.
10. Santai - Xploria Gamuda Garden, Rawang
Untuk yang ada anak kecil, aktiviti di sini pasti menambat hati anda. Anak-anak pasti rasa gembira kalau ibu bapa bawa mereka ke sini. Banyak permainan yang boleh dilakukan, antaranya donut boat ride, taman permainan dan banyak lagi.
Klik sini untuk info lebih lanjut.