Perlukan Udara Segar? Ini 15 Tempat Rekreasi & Riadah Yang Menarik Di Klang Valley
Nature is love <3
Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Bosan asyik pergi mall dan kafe? Kan best kalau dapat pergi tempat rekreasi, boleh jalan-jalan sambil hirup udara segar
Bukan sahaja dapat bersiar-siar, nak bersenam pun boleh. Joging, berbasikal dan lain-lain aktiviti boleh dilakukan di tempat ini. Ini masanya untuk amalkan gaya hidup sihat!
Morning or evening walk? Settle!
1. Taman Tugu, KL
Terletak di tengah-tengah bandar KL, mempunyai tanah seluas 66 ekar. Sesuai untuk sesiapa yang minat hiking!
Harga tiket masuk: Percuma
Waktu operasi:
7am - 6.30pm (Setiap hari)
Alamat:
Taman Tugu, Pesiaran Sultan Salahuddin,
Kuala Lumpur, 50480 Kuala Lumpur, WPKL.
2. Taman KLCC, KL
Taman KLCC ini terletak di belakang Suria KLCC. Di sini, terdapat trek joging dan taman permainan untuk kanak-kanak. Apa yang menarik, taman ini mempunyai pemandangan KLCC.
Harga tiket masuk: Percuma
Waktu operasi:
7am - 10pm (Setiap hari)
Alamat:
Jalan Ampang, Kuala Lumpur City Centre,
50088 Kuala Lumpur.
3. Taman Eko Rimba, KL (KL Forest Eco Park)
Dahulunya dikenali sebagai Bukit Nanas, Taman Eko Rimba di KL ini sangat menarik perhatian masyarakat. Di sini mempunyai taman permainan dan canopy-walk yang menjadi tumpuan semua pengunjung. Let's do it for the gram!
Harga tiket masuk: RM10 (Pemegang MyKad), RM40 (Bukan pemegang MyKad) & RM1 (Kanak-kanak berumur 6-12 tahun)
Waktu operasi:
7am - 6pm (Setiap hari)
Alamat:
Bukit Nanas, Jalan Puncak,
Off Jalan P Ramlee, Kuala Lumpur.
4. Taman Central, Desa ParkCity, Kepong
Popular dalam kalangan penduduk dan bukan penduduk Desa ParkCity. Sangat sesuai jika anda suka bersenam, boleh joging, dan berbasikal. Piknik pun boleh!
Harga tiket masuk: Percuma
Waktu operasi:
6am - 11pm (Setiap hari)
Alamat:
C-3-1 Plaza Arkadia, 3, Persiaran Residen,
Desa Parkcity, 52200 Kuala Lumpur.
5. Taman Tasik Titiwangsa, KL
Bestnya jalan petang-petang atau bersenam di sini. Tempat permainan untuk kanak-kanak pun ada tau! Bukan itu sahaja, apa yang lagi menarik, di sini juga terdapat penyewaan basikal, bot pedal dan skateboard.
Harga tiket masuk: Percuma
Waktu operasi:
7am - 7pm (Setiap hari)
Alamat:
Taman Tasik Titiwangsa, 53200 Kuala Lumpur,
Federal Territory of Kuala Lumpur, Malaysia.
6. Taman Botani Putrajaya, Putrajaya
Apa yang menarik di Taman Botani Putrajaya selain mempunyai taman tasik yang luas, taman ini juga mempunyai bangunan Morocco Pavilion dengan struktur pembangunan yang unik. Persis luar negara! Boleh bawa family photoshoot di sini.
Taman Botani dibahagikan kepada empat iaitu, Explorer's Trail, Palm Hill, Sun Gardens, Floral Gardens, dan Lakeside.
Harga tiket masuk: RM3
Waktu operasi:
9am - 7pm (Setiap hari)
Alamat:
Lebuh Perdana Barat, Presint 1,
62000 Putrajaya, Wilayah Persekutuan Putrajaya.
7. Taman Tasik Ampang Hilir, Ampang
Perlukan rehat dan ketenangan? Datang ke Taman Tasik Ampang Hilir! Anda boleh menyewa basikal dan scooter di sini.
Harga tiket masuk: Percuma
Waktu operasi:
6pm - 8pm (Setiap hari)
Alamat:
115, Jalan Ampang Hilir, Desa Pahlawan,
55000 Kuala Lumpur, WPKL.
8. Perdana Botanical Garden, KL
Tempat ini sangat sesuai untuk anda yang sukakan piknik. Di sini juga terdapat Taman Bunga Raya dan Taman Orkid. Sesuai untuk sesiapa yang minat bunga! Perdana Botanical Garden merupakan taman yang paling besar dan luas di KL.
Harga tiket masuk: Percuma, Taman Orkid dan Taman Bunga Raya (RM1)
Waktu operasi:
7am - 8pm (Setiap hari)
Alamat:
Jalan Kebun Bunga, Tasik Perdana,
55100 Kuala Lumpur, WPKL.
9. Taman Botani Negara, Shah Alam
Sukakan aktiviti lasak? Anda boleh beriadah di Taman Botani Negara, Shah Alam. Ada pelbagai aktiviti lasak seperti ATV, flying fox dan sebagainya.
Harga tiket masuk: RM3 (Dewasa) , RM1 (Kanak-kanak)
Waktu operasi:
9am - 5pm (Selasa hingga Ahad)
Alamat:
Taman Botani Negara, Seksyen 8,
40000 Shah Alam, Selangor.
10. Bukit Kiara Park, TTDI
Untuk penduduk TTDI, Bukit Kiara ini tidak menjadi asing lagi bagi mereka. Ini salah satu tempat untuk masyarakat beriadah seperti berjoging, berbasikal atau hiking. Kalau pergi sini, jaga-jaga sebab ada monyet!
Harga tiket masuk: Percuma
Waktu operasi:
6am - 9pm (Setiap hari)
Alamat:
Jalan Abang Haji Openg, TTDI Hills,
60000 Kuala Lumpur, WPKL.
11. Taman Tasik Metropolitan Kepong, Kepong
Apa yang menarik di taman ini ialah ramai yang suka bermain layang-layang di sini. Mana taknya, taman ini mempunyai padang yang luas!
Harga tiket masuk: Percuma
Waktu operasi:
6am - 8pm (Setiap hari)
Alamat:
Jalan Lingkaran Tengah 2, Kepong Metropolitan Lake-garden,
52100 Kuala Lumpur, WPKL.
12. Setia Alam Central Park, Shah Alam
Perlukan senaman joging setiap pagi atau petang? Setia Alam Central Park sesuai untuk sesiapa yang sukakan joging!
Harga tiket masuk: Percuma
Waktu operasi:
24 jam (Setiap hari)
Alamat:
Persiaran Setia Indah, Setia Alam,
40170 Shah Alam, Selangor.
13. Forest Research Institute Malaysia (FRIM), Kepong
FRIM merupakan hutan simpan negara yang membenarkan pengunjung untuk masuk. Pelbagai aktiviti boleh dilakukan di sini. Antaranya, hiking, mandi air terjun, joging dan sebagainya.
Harga tiket masuk: RM1 (Pemegang MyKad) & RM5 (Bukan pemegang MyKad)
Waktu operasi:
6am - 7pm (Isnin hingga Jumaat)
6am - 7pm (Sabtu, Ahad, Cuti Am)
Alamat:
Forest Research Institute Malaysia,
52109 Kepong,
Selangor Darul Ehsan, Malaysia
14. Taman Tasik Permaisuri Cheras, Cheras
Ini tempat yang perfect untuk ambil angin petang-petang! Dengan dilindungi oleh pokok-pokok yang besar, tak terasa panas terik.
Harga tiket masuk: Percuma
Waktu operasi:
24 jam (Setiap hari)
Alamat:
Jalan Tasik Permaisuri 2
Bandar Tun Razak,
56000 Kuala Lumpur.
15. Taman Persahabatan Selangor - Jepun
Taman yang berkonsepkan budaya Jepun ini baru dibuka beberapa hari yang lepas. Tak dapat pergi Jepun? Jangan risau, boleh singgah di Shah Alam. Taman ini dibina sebagai tanda penghargaan kepada pihak Jepun. Jangan lupa bawa family datang sini!
Harga tiket masuk: Percuma
Waktu operasi:
10am - 7pm (Setiap hari)
Alamat:
Bersebelahan Dataran Kemerdekaan Shah Alam