seismik

[GAMBAR] Ini 12 Tempat Hiking Wajib Pergi Di Lembah Klang Untuk Kaki Panjat Gunung

Let's go plan dengan kawan!

Cover image via @kee_budakmerah (Instagram) , @nursyadiyah (Instagram) , @haydascarf.nina (Instagram)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Hujung minggu duduk rumah saja? Apa kata kita lakukan aktiviti yang lain daripada hari biasa?

Image via GIPHY

Kepada nature lovers, tak tahu mana lagi tempat yang boleh hiking atau bermandi-manda di air terjun? Bukan saja dapat menikmati kesegaran air terjun tau, anda juga boleh menikmati pemandangan yang indah dan luar biasa. 

1. Bukit Broga, Semenyih

Image via Broga Hills

Bukit Broga merupakan bukit yang terkenal di Selangor. Bukit Broga atau lebih dikenali sebagai Broga Hills ini terletak di bahagian Timur Pekan Semenyih.

Bukit ini boleh dikatakan padat pada waktu hujung minggu. Pemandangan yang penuh dengan kawasan menghijau menjadi tarikan para pendaki. Bukit ini sesuai untuk didaki oleh pendaki beginners.

Hingga kini, Bukit Broga masih belum dibuka kerana tular gambar jumlah pengunjung dikatakan terlampau ramai sehingga berlakunya kesesakan.

2. Bukit Gasing, Petaling Jaya

Bukti Gasing merupakan antara bukit yang popular di Petaling Jaya. Anda akan nampak pengunjung daripada semua jenis umur, tidak kisah muda atau tua. Jika anda ingin nak dapatkan fresh air, boleh bawa pasangan atau kawan-kawan hiking ke sini. 

Anda perlu daki selama beberapa jam untuk sampai ke puncak gunung yang mempunyai ketinggian 160m. Tunggu apa lagi? Jom plan! 

3. Bukit Baru Chondong, Kemensah

Bukit Batu Chondong mempunyai ketinggian sehingga 260m. Selain anda boleh hiking untuk menikmati pandangan yang cukup menggayatkan, anda juga boleh bermandi-manda di air terjun yang sangat refreshing!

Tidak dinafikan untuk sampai ke puncak, perlu panjat lebih daripada 2 jam. Fun fact tentang gunung ini, ia terletak di belakang Zoo Negara.

4. Air Terjun Sofea Jane, Kemensah

Dah penat-penat hiking, mestilah nak mandi air terjun kan? Air Terjun Sofea Jane ini merupakan antara tempat tarikan di kawasan Kemensah. Kemensah bukan saja terkenal dengan BBQ Lamb yang membolehkan anda makan sambil mencelupkan kaki ke dalam aliran sungai, ada air terjun juga tau! 

5. Sungai Lepoh, Hulu Langat

Terletak di Hulu Langat, Sungai Lepoh juga dikenali sebagai Sungai Lopo atau Sungai Lepok. Kebiasaannya, pengunjung akan datang ke sini untuk trekking, birdwatching dan piknik bersama rakan dan keluarga. 

Di Sungai Lepoh, anda tek perlu hiking sangat, hanya memakan masa dalam 1 hingga 2 jam untuk sampai dan lepak di air terjun. Jika anda boleh window shopping selama 1 jam, hiking di Sungai Lepoh tiada masalah untuk anda! 

6. Bukit Kembara, Ampang

Untuk beginners yang nak cuba, memang sesuai untuk anda. Hanya perlukan dalam 45 minit untuk sampai ke tasik dan air terjun yang kecil. Laluan yang sangat mudah tidak membuatkan anda rasa keletihan. 

Paling best, ada pondok kecil yang membolehkan anda untuk bergambar. Excited kan?

7. Sungai Pisang, Gombak

Sungai Pisang merupakan tempat yang popular juga buat ketika ini. Selain anda akan jumpa air terjun selepas hiking, anda akan jumpa dua buah terowong yang unik. Ramai yang akan berhenti untuk bergambar di sini. 

8. Bukit Saga, Kuala Lumpur

Bagi anda yang tinggal di Kuala Lumpur, anda boleh merancang untuk hiking di sini. Anda akan lalu taman perumahan Taman Saga untuk sampai ke sana. Jangan risau, anda tidak sesat!

Bezanya Bukit Saga ini, anda boleh menikmati pemandangan bandar yang indah. Selain itu, juga disediakan hammock untuk anda duduk berehat. 

9. Bukit Besi, Kuala Lumpur

Bukit Besi terletak di Cheras di Kuala Lumpur. Sudah pasti anda akan menikmati pemandangan taman perumahan dan bandar Kuala Lumpur yang cukup megah dan indah. 

Hiking di bukit ini tidak sesuai untuk beginners kerana ada tempat yang anda perlu panjat menggunakan tali yang dibekalkan. Jumlah masa yang diperlukan adalah 2 jam. 

10. BMC Blue Lake, Cheras

Siapa saja tak gembira bila hiking dapat jumpa pemandangan yang cantik bukan? Jika anda hiking di BMC Blue Lake ini anda akan dapat menikmati pemandangan tasik biru yang indah. Siapa yang suka photoshoot tu, memang sesuai! 

11. Mirror Lake, Shah Alam

Tempat ini telah menjadi viral di Setia Alam. Pada hujung minggu, sudah tentu ramai pengunjung yang akan hiking dan menikmati pandangan yang indah. Yang paling best, ada tasik biru yang sangat cantik. Nature is love! 

Biasa lepas hiking dapat jumpa air terjun kan? Ni dapat jumpa highway Rawang, dapat menikmati pandangan dari atas pula tu, sumpah seronok! 

Anda memerlukan gloves untuk hiking di sini kerana sesetengah trek agak licin dan memerlukan anda untuk pegang tali. Hanya dalam 30 minit anda akan sampai ke puncak. 

Tunggu apa lagi guys? Jom plan dengan kawan-kawan! :D

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

You may be interested in: