[VIDEO] Seronok Terjun Dalam Air, Budak Ini Baru Tahu Gelabah Nak Elak Penyu Depan Muka
Nasib baik adik ni pandai berenang.
Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Aktiviti outdoor seperti permainan yang melibatkan air sudah pasti menjadi kegemaran anak-anak kecil
Kalau tidak pandai berenang pun tidak mengapa, asalkan memakai life jacket yang dibekalkan. Banyak aktiviti air terdapat di tasik, pulau dan sebagainya. Namun, ibu bapa yang membawa anak-anak mereka bercuti ke tempat sedemikian perlu mengambil perhatian yang sepenuhnya.
Baru-baru ini, tular video di TikTok yang memaparkan seorang budak perempuan terjun ke dalam air kemudian gelabah apabila bertemu dengan penyu telah mencuri tumpuan.
Lihat video penuh itu di bawah:
Gelabah nak elak penyu selepas terjun ke dalam air
Menerusi video berkenaan, kelihatan mereka sekeluarga sedang bercuti di Pulau Redang, Terengganu.
Apa yang lebih menarik perhatian adalah apabila seorang budak perempuan dilihat seronok terjun ke dalam laut dengan memakai life jacket. Lebih menghiburkan lagi apabila sebaik saja dia terjun, seekor penyu berenang di depannya.
Situasi itu membuatkan budak perempuan itu gelabah dan berenang dengan lajunya untuk mengelak bertembung dengan penyu tersebut.
"Confident dia terjun, kalau aku fikir 2-3 kali dulu, takut tenggelam" - Netizen
Dalam pada itu, hasil tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut terhibur melihat gelagatnya. Malah, ramai yang memuji keberaniannya terjun ke dalam air.
Ketika artikel ini ditulis, video itu telah meraih 774K tontonan, 64K tanda suka dan 1K komen di TikTok.
Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok: