seismik

"Sempat Test" - Ayah Biarkan Anak Tertekan Speed 10 Atas Treadmil Buat Netizen Terhibur

Anak dia pun pandai lari sambil jerit!

Cover image via @dayah_noor (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Amalan gaya hidup sihat sudah tidak asing lagi pada masa sekarang

Ada sesetengah keluarga yang memang mengamalkan gaya hidup sihat, mereka siap mempunyai ruangan work out seperti gym di rumah. Antara peralatan yang sering ditemui adalah treadmil, exercise bike dan lain-lain. 

Baru-baru ini, tular sebuah video di TikTok yang memaparkan seorang budak lelaki tertekan speed atas treadmil telah mencuri tumpuan. 

Lihat video penuh itu di bawah:

@dayah_noor

Cuba korang bygkan kalau anak kau tekan speed 10 tpi korang xde time ni..?? Xleh byang aku

original sound - Dayah_noor - Dayah_noor

Selamba test anak semasa dia tertekan speed laju atas treadmil

Menerusi video berkenaan, kelihatan lelaki itu sedang bersiap-siap memakai kasut untuk bersukan di dalam rumah.

Apa yang menghiburkan adalah apabila seorang budak lelaki yang dipercayai anaknya sedang berlari di atas treadmil dengan kelajuan yang perlahan.

Lebih melucukan lagi adalah apabila budak lelaki itu dilihat tertekan kelajuan yang tinggi dan mengakibatkan dia gelabah untuk berlari. Sebelum si ayah ingin menolong anaknya, dia dilihat sangat bersahaja dan selamba test kebolehan anaknya.

"Bapak dah ready nak tengok top speed anak" - Netizen

Dalam pada itu, hasil tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut terhibur dengan gelagat dua beranak itu. 

Ketika artikel ini ditulis, video itu telah meraih 1.1M tontonan, 84K tanda suka dan 2K komen di TikTok. 

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Memang semua ayah macam ni kan? Kalau ibu memang dah gelabah dan risau! :P

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: