x

seismik

[VIDEO] "Semua Diarahkan Keluar Oleh Polis" - Penduduk Kampung Panik Terjumpa Bom Mortar

Bom berjaya diletupkan oleh PDRM.

Cover image via @qasehazhar_ (TikTok) & Berita Harian

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Penggunaan senjata seperti bom sering digunakan semasa zaman perang dahulu

Banyak yang dipelajari dalam kelas sejarah tentang peperangan zaman nenek moyang dahulu. Tidak pelik jika sehingga kini, masih ada lagi peninggalan bom-bom di kawasan yang bersejarah. 

Tular baru-baru ini video di TikTok apabila pihak polis mengarahkan satu kampung untuk keluar kerana menjumpai bom mortar telah mencuri tumpuan ramai. 

Lihat video penuh itu di bawah: 

@qasehazhar_

Tengah tidur org suruh keluar bawak anak2 sekali. Ingatkan apa. ada org kg jumpa bomb. Terkejut weh

original sound - Qaseh|Tips_Tiktok - Qaseh|Tips_Tiktok

Warga kampung terjumpa bom mortar di kawasan rumput

Menerusi video berkenaan, kelihatan terdapat polis di sekitar Kampung Sungai Tapah, Manjoi di Ipoh.

Apa yang lebih mengejutkan adalah apabila terdapat segelintir penduduk yang menjumpai bom mortar di jambatan di Jalan Rebana kampung itu.

Sebaik saja tibanya pihak PDRM, warga kampung diarahkan membawa anak-anak keluar kerana mereka sedang mengadakan operasi pencarian bom untuk diletupkan dengan selamat.

Menurut sumber, bom mortar lama berukuran 60 milimeter (mm) ditemui. Pemusnahan berjaya dilakukan tanpa sebarang kecederaan mahupun kerosakan harta benda awam oleh Unit Pemusnah Bom. 

Lihat video sambungan penuh itu di bawah:

@qasehazhar_

Reply to @hayat_hamdan

Suspense Music - Harry T

"Kalau aku tu dah ingat spare part motor orang" - Netizen

Dalam pada itu, hasil tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut terkejut dengan kewujudan bom itu. Malah, ramai yang tidak menyangka barangan itu adalah bom. 

Ketika artikel ini ditulis, video itu telah meraih 3.6M tontonan, 389K tanda suka dan 8K komen di TikTok.

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok: 

Hati-hati guys, kena ambil tahu. Takut nanti bom itu selamba dibawa main pula! :')

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik