seismik

"Kena Jerit" - Terpaksa Bangun 4 Pagi Setiap Hari, Mentua Naik Angin Kalau Menantu Lambat

Kesiannya.

Cover image via @ririnsitumorang1 (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Dalam perkahwinan, kita bukan saja berkahwin dengan si dia saja tetapi, kita akan berkahwin dengan seluruh keluarganya

Pun begitu, hubungan setiap keluarga sudah tentu ada naik turunnya. Kadangkala baik dan ada masanya akan menghadapi konflik yang tidak diingini. Sudah menjadi idaman semua orang untuk mendapatkan mentua dan mertua yang boleh 'ngam'. 

Namun begitu, bukan rezeki setiap orang akan mendapat mentua atau mertua yang diidamkan. Sama seperti video wanita yang tular di TikTok apabila dia dijerit setiap pagi oleh mentuanya telah mencuri tumpuan. 

Lihat video penuh itu di bawah:

Wajib bangun pukul 4 pagi sebab nak elak kena jerit

Menerusi video pendek yang dirakam oleh saudari Ririn di TikToknya, kelihatan dia sedang bangun daripada tidurnya. 

Apa yang lebih mengejutkan adalah apabila dia merakam detik bangun daripada tidur disebabkan mentuanya jerit dan marah-marah dalam rumah.

Dengan video yang berkapsyenkan, nasib duduk serumah bersama mentua, dia perlu bangun 4 pagi. Kalau mentuanya bangun dulu, dia akan dimarahi.

Suami wanita itu pasti akan menyebelahi ibunya. Kalau diajak sewa rumah lain, mentuanya akan menganggap wanita itu merebut anak lelakinya. 

"Jadi isteri tu untuk suami, bukan bibik untuk mertua. Take note!" - Netizen

Dalam pada itu, hasil tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut bersimpati dengan wanita itu. Malah, ramai yang berkongsi pengalaman yang sama. 

Ketika artikel ini ditulis, video itu telah meraih 4M tontonan, 199K tanda suka dan 700 komen di TikTok. 

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Kesian tengok kena jerit dan terpaksa bangun pagi. Jadi, siapa yang ada mentua baik tu kena bersyukur!

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

You may be interested in: