"Excited Punya Pasal" - Lelaki Hilang Kawalan Tergolek Ke Belakang Masa Kawan Rakam Video
Terkinja-kinja lagi, kan dah kena!
Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Kebelakangan ini, aktiviti outdoor seperti hiking telah menjadi favourite orang ramai terutamanya anak muda
Jika pergi beramai-ramai, pasti suasana akan menjadi lebih ceria dan riuh. Banyak memori dan kenangan dapat dicipta bersama rakan-rakan.
Sama seperti video yang tular baru-baru ini di TikTok apabila seorang lelaki jatuh tergolek akibat terkinja-kinja semasa hiking mencuri tumpuan ramai.
Lihat video penuh itu di bawah:
Jatuh tergolek disebabkan terkinja-kinja kerana terlalu teruja
Menerusi video berkenaan, kelihatan sekumpulan lelaki sedang hiking di sebuah kawasan berbukit.
Apa yang menghiburkan adalah apabila salah seorang lelaki berbaju ungu dilihat terlompat-lompat kerana terlalu teruja. Dia kemudian dilihat jatuh tergolek selepas hilang kawalan semasa sakan melompat.
Kejadian itu menyebabkan sekumpulan rakan itu mengetawakannya lalu bertindak menolong lelaki itu untuk berdiri. Aksi itu sempat dirakam oleh salah seorang rakannya.
"Kalau member jatuh, gelak dulu baru tolong" - Netizen
Sementara itu, hasil tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut terhibur. Malah, ramai yang bersetuju dengan nasihat orang dulu tentang jangan suka sangat, nanti menangis.
Ketika artikel ini ditulis, video itu telah meraih 386K tontonan, 57K tanda suka dan 1K komen di TikTok.
Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok: