seismik

"Terbagi Flying Kick" - Gadis Naik Flying Fox Hilang Kawalan Ini Bikin Netizen Dekah

Kesian pak cik itu jatuh.

Cover image via @peas.tachio (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Aktiviti outdoor telah menjadi satu kegemaran ramai sejak banyak aktiviti yang boleh dilakukan di negeri-negeri Fasa 2

Antaranya ialah flying fox, hiking, piknik dan macam-macam lagi aktiviti. Meluangkan masa melakukan aktiviti bersama keluarga dan rakan-rakan pasti dapat mengeratkan lagi hubungan antara satu sama lain. 

Baru-baru ini, tular sebuah video di TikTok yang memaparkan seorang gadis hilang kawalan semasa menaiki flying fox mencuri tumpuan. 

Lihat video penuh itu di bawah:

Hilang kawalan sampai terbagi 'flying kick' dekat pak cik

Menerusi video berkenaan, kelihatan seorang gadis sedang seronok menaiki flying fox di sebuah tempat rekreasi sambil aksinya dirakam oleh ahli keluarganya. 

Apa yang lebih melucukan adalah apabila dia hilang kawalan semasa sampai di penghujung tali. Kakinya dilihat tersepak salah seorang pak cik yang bertugas di situ. Pak cik itu dilihat jatuh melompat akibat sepakannya. 

"Nasib tak tersepak orang tu dalam sungai" - Netizen

Sementara itu, hasil tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut terhibur dengan gelagat gadis itu. Malah, ramai yang menyakat gadis itu. 

Ketika artikel ini ditulis, video itu telah meraih 232K tontonan, 32K tanda suka dan 1K komen di TikTok. 

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Aduhai, kelakarlah. Kesian pak cik tu, baru nak sambut dah kena sepak! :P

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik