x

seismik

"Siap Bunyi Aiskrim Paddlepop" - Parodi Wanita Ini Dalam Permainan Squid Game Nampak Real

Pak cik jual aiskrim kena tembak sekali tak?

Cover image via @richgirlish (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Baru-baru ini, siri drama Korea terbaru di Netflix iaitu Squid Game telah ditayangkan seluruh negara

Jalan cerita yang mendebarkan pada setiap babak itu membuatkan semua tertarik untuk menontonnya. Filem yang dihasilkan itu sangat luar biasa kerana penceritaan yang diluar jangkaan.

Baru-baru ini, tular video di TikTok tentang parodi seorang wanita yang sedang bermain permainan Squid Game telah mencuri tumpuan.

Lihat video penuh itu di bawah:

Tak sangka tembakan dalam lakonan itu nampak real

Menerusi video berkenaan, kelihatan seorang wanita sedang memakai baju hijau yang sama seperti baju pelakon dalam Squid Game. 

Apa yang lebih menarik perhatian adalah apabila dia berlakon persis sedang bermain permainan dalam Squid Game yang dinamakan 'Red Light, Green Light'.

Lebih melucukan lagi apabila dia dilihat berhenti dan menoleh ke bunyi aiskrim Paddlepop. Lantas, dia terus kalah daripada permainan itu dan ditembak. 

"Kalau Malaysia nak remake Squid Game, tolong ambil kakak ni please" - Netizen

Dalam pada itu, hasil tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut terhibur melihat parodi itu. Malah, ramai yang menyakat wanita itu. 

Ketika artikel ini ditulis, video itu telah meraih 2.9M tontonan, 259K tanda suka dan 5K komen di TikTok. 

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Lah kan dah kena tembak, pak cik Paddlepop punca! :P

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik