seismik

"Datang Wedding Terus Nak Makan" - Gadis Malu Lupa Buka Helmet Doraemon Ini Curi Tumpuan

Patut ramai perhatikan dia je!

Cover image via @fenyelvira195 (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Dapat jemputan ke majlis perkahwinan sudah semestinya menyeronokkan bukan?

Bukan saja dapat berjumpa dengan saudara-mara terdekat, malah dapat makan hidangan yang sedap sambil meraikan pasangan pengantin.

Baru-baru ini, tular sebuah video di TikTok yang memaparkan seorang gadis terlupa buka helmet Doraemonnya ketika di sebuah majlis perkahwinan telah mencuri tumpuan.

Lihat video penuh itu di bawah:

@fenyelvira195

siapa ni yang pernah kayak kakak ini, lupa buka helem #samasamaketawa #kocakabis #art

suara asli - fenyelvira195 - fenyelvira195

Selamba ambil makanan sambil memakai helmet Doraemon

Menerusi video berkenaan, kelihatan seorang gadis sedang menghadiri sebuah majlis perkahwinan. 

Apa yang lebih melucukan adalah apabila dia dilihat datang ke majlis tersebut terus hendak makan. Lebih menghiburkan lagi apabila gadis itu lupa untuk buka helmet Doraemonnya. 

Tidak lama kemudian, dia ditegur oleh rakannya gara-gara lupa buka helmet. Gadis itu dilihat sangat terkejut dan tersipu malu sehingga dia terduduk. 

"Lapar sangat tu sampai lupa buka helmet" - Netizen

Semetara itu, hasil tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut terhibur. Malah, ramai yang menyakat gadis itu. 

Ketika artikel ini ditulis, video itu berjaya mendapat 470K tontonan, 29K tanda suka dan 600 komen di TikTok. 

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Aduhai lawak betul lah, dah cantik-cantik boleh pula lupa buka helmet :P

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: