[VIDEO] "Tebalkan Muka" - Sekumpulan Pemuda Bawa Periuk Nasi Ke KFC Undang Tawa Netizen
Macam kenduri pula ya!
Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Siapa saja yang tidak gemar dengan makanan fast food bukan?
Banyak kedai makan fast food yang terdapat di Malaysia contohnya KFC, Pizza Hut, McDonald's dan banyak lagi. Bila makan di KFC, pasti ramai yang akan pesan ayam goreng yang rangup itu.
Baru-baru ini, tular sebuah video di TikTok yang memaparkan sekumpulan pemuda selamba membawa periuk nasi ke KFC telah mencuri tumpuan.
Lihat video penuh itu di bawah:
Sanggup masak nasi dan bawa periuk dari rumah ke KFC
Menerusi video berkenaan, kelihatan sekumpulan pemuda sedang menikmati makanan mereka di restoran KFC.
Apa yang lebih menghiburkan adalah apabila salah seorang daripada mereka dilihat mengeluarkan periuk nasi yang disorok dalam begnya.
Mereka semua kelihatan gembira dapat makan ayam goreng KFC bersama nasi yang telah ditanak dari rumah. Perkara tersebut telah mengundang dekah netizen yang menontonnya.
"Tekak orang Melayu tetap nak nasi walaupun dah makan benda lain" - Netizen
Sementara itu, hasil tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut terhibur. Malah, ramai yang berpendapat mereka memang tidak boleh tinggal nasi kerana itu makanan ruji mereka.
Ketika artikel ini dituis, video itu telah meraih 3.2M tontonan, 481K tanda suka dan 21K komen di TikTok.
Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok: