seismik

[VIDEO] Pocong Melompat Siang Hari Buat Demo Di Pasar, Tapi Komen Netizen Pula Bikin Dekah

"Punca lupa beli barang yang mak pesan dekat pasar" - Netizen

Cover image via @azra311 (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Pasar tani atau pasar malam merupakan tempat kegemaran rakyat Malaysia untuk hunting makanan yang sedap-sedap

Bukan saja menjual makanan, malah sayur-sayuran segar dan pakaian juga terdapat di pasar malam. Oleh sebab itu, memang ramai akan menantikan ketibaan hari pasar malam di kawasan masing-masing. 

Namun begitu, baru-baru ini tular sebuah video di TikTok yang memaparkan pocong melompat membuat demo di pasar telah mencuri tumpuan. 

Lihat video penuh itu di bawah: 

Buat demo macam pocong melompat di tengah-tengah

Menerusi video berkenaan, kelihatan seorang lelaki yang berniaga pelbagai ubat di gerainya sambil memegang mikrofon untuk menjelaskan fungsi ubat. 

Apa yang lebih menarik perhatian adalah apabila terdapat pocong yang dijadikan sebagai satu alat untuk lelaki itu menjelaskan kepada orang ramai tentang kegunaan barangan yang dijual. 

Lebih melucukan lagi, pocong itu dilihat sangat mendengar arahan dan pandai berlakon dengan melompat-lompat sekeliling kawasan itu. 

"Member apply job salesman, tau tau jadi pocong" - Netizen

Sementara itu, hasil tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut terhibur dengan video itu. Malah, ramai yang cuba untuk menyakat pocong itu.

Ketika artikel ini ditulis, video itu telah meraih 630K tontonan, 19K tanda suka dan 2K komen di TikTok.

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Komen netizen sumpah win, aduhai kelakar betul lah! :D

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: