seismik

[VIDEO] Siap Buat Swab Test, Pemuda Lakonkan Konon Melancong Ke Langkawi Bikin Dekah Ramai

Macam salah tu gaya swab!

Cover image via @diva.h.a (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Seperti semua ketahui, kerajaan telah membenarkan individu yang sudah lengkap vaksin untuk melancong ke Langkawi

Namun begitu, individu yang melancong bukan saja perlu lengkap vaksin. Mereka perlu melepasi 14 hari bagi vaksin Pfizer, Astra Zeneca dan Sinovac. Tambahan lagi, mereka juga perlu membuat ujian saringan Covid-19 sebaik saja tiba di sempadan Pulau Langkawi. 

Baru-baru ini, tular sebuah video di TikTok yang memaparkan lakonan seorang pemuda pergi melancong ke Pulau Langkawi telah menarik perhatian. 

Lihat video penuh itu di bawah: 

@diva.h.a

every LANGKAWI visitor at 16hb Sept and after #langkawi #fyp #tiktokmalaysia

original sound - DJ Precise

Siap keluar dari kereta sorong dan buat swab test cara tersendiri

Menerusi video berkenaan, kelihatan seorang pemuda sedang berlakon membawa luggage di halaman rumahnya. 

Apa yang menarik perhatian adalah apabila dia menggunakan kereta sorong untuk dijadikan sebagai kapal terbang. Dia dengan penuh gayanya melompat dari kereta sorong tersebut. 

Lebih melucukan lagi apabila dia dilihat sanggup menjilat kertas yang kononnya sedang membuat ujian saringan Covid-19 lalu memaparkan negatif itu bikin dekah netizen. 

"Turun kapal terbang tadi nampak macam terpeleot je kaki tu" - Netizen

Sementara itu, hasil tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut terhibur. Malah, ramai yang mempertikaikan kertas pink yang digunakan untuk swab test. 

Ketika artikel ini ditulis, video itu telah meraih 134K tontonan, 13K tanda suka dan 800 komen di TikTok. 

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Laju betul swab test dia, dah tak sabar sangat nak melancong lah tu! :P

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

You may be interested in: