"Sampai Hati" - Lelaki Ini Tergelincir Di Air Terjun, Rakannya Pula Risaukan Ayam Goreng
Kesian member.
Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Mandi air terjun selepas hiking sudah menjadi kebiasaan buat pemuda di luar sana
Mana tidaknya, kedengaran air daripada air terjun yang sangat refreshing membuatkan semua teruja dan ingin bermandi manda di situ.
Baru-baru ini tular sebuah video di TikTok yang memaparkan seorang lelaki tergelincir di air terjun sambil memegang ayam goreng telah mencuri tumpuan.
Lihat video penuh itu di bawah:
Member tergelincir tetapi kawannya pula risaukan ayam goreng
Menerusi video berkenaan, kelihatan sekumpulan lelaki sedang bermandi manda di air terjun sambil menikmati sarapan mereka.
Apa yang lebih menghiburkan adalah apabila salah seorang lelaki dilihat tergelincir lalu terjatuh dalam air semasa mahu menuju ke satu arah.
Lebih melucukan lagi apabila rakan yang merakamnya menjerit "aduh, ayam goreng aku" itu membuatkan semua ketawa.
"Ya Allah bang, ayam tu okay ke tak? Kesian member" - Netizen
Dalam pada itu, hasil tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut terhibur. Malah, ramai yang menyakat mereka dengan ayam goreng itu.
Ketika artikel ini ditulis, video itu telah meraih 1.2M tontonan, 130K tanda suka dan 6K komen di TikTok.
Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok: