seismik

"Sanggup Buka Baju" - Gadis Ini Malu Tersama Cardigan Dengan 4 Orang, Siap Sorok Dalam Beg

Aduhai, lawak lah!

Cover image via @whyntsr (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Pemakaian atau fesyen baju dianggap sangat penting bagi setiap wanita apabila keluar rumah

Ada yang sehinggakan tidak boleh nampak orang lain berpakaian baju yang sama kerana dianggap memalukan. Kebiasaannya, perkara itu akan terjadi apabila kita membeli baju mengikut trend.

Sama seperti video yang tular baru-baru ini di TikTok apabila seorang gadis dilihat sanggup menanggalkan baju yang dipakai kerana sama dengan 4 orang telah mencuri tumpuan.

Lihat video penuh itu di bawah:

Sanggup sorok baju dalam beg sebab tersama baju dengan 4 orang

Menerusi video berkenaan, kelihatan sekumpulan gadis sedang menikmati hidangan yang menyelerakan di sebuah restoran. 

Apa yang lebih menarik perhatian adalah apabila salah seorang gadis dilihat selamba menanggalkan cardigannya kerana tersama dengan 4 orang yang makan di restoran itu juga. 

Lebih melucukan lagi apabila dia selamba sorok bajunya dalam beg supaya tidak kantoi dengan orang lain. 

"Itu sebab aku tak nak ikut trend, inilah jadinya" - Netizen

Dalam pada itu, hasil tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut terhibur melihat gelagat gadis itu. Malah, ramai yang bertindak menyakat baju gadis itu. 

Ketika artikel ini ditulis, video itu telah meraih 17M tontonan, 946K tanda suka dan 6K komen di TikTok. 

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Boleh pula tersama baju, perempuan pantang sama baju ni betul tak? :P

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

You may be interested in: