seismik

[VIDEO] "Pacat Ke Zombie?" - Rakaman Cara Pacat Serang Kaki Pemuda Ini Curi Tumpuan

Pandai dia attack!

Cover image via @aminemofficial (TikToK)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik. 

Hiking telah menjadi salah satu aktiviti outdoor kegemaran ramai

Namun begitu, kita sering digigit oleh pacat jika tidak berhati-hati semasa hiking di dalam hutan bukan? Gigitan pacat sehingga boleh meninggalkan kesan darah dan jangkitan seperti gatal-gatal di bahagian gigitan. 

Baru-baru ini, tular sebuah video di TikTok yang memaparkan rakaman pacat menyerang kaki seorang pemuda telah mencuri tumpuan. 

Lihat video penuh itu di bawah: 

Buat eksperimen dengan pacat, rupa-rupanya pacat pandai attack

Menerusi video berkenaan, kelihatan sekumpulan pemuda sedang hiking di suatu kawasan yang tidak dikenal pasti. 

Apa yang lebih menarik adalah apabila mereka membuat sebuah eksperimen dengan pacat dengan merakam sebuah video. Video tersebut ternyata menunjukkan serangan seekor pacat terhadap kaki pemuda. 

Lebih melucukan lagi apabila pacat dilihat pandai menyerang menghala ke kaki pemuda itu. Ramai yang baru tahu serangan pacat setelah melihat video itu. 

Lihat video penuh sambungan itu di bawah: 

@aminemofficial

Reply to @hazenysa191 dah bagi tokak dah ni. Dah cuci dengan air pun dok nampak darah lagi. Hampir pengsan la sebab tengok darah.

original sound - AminEmo - AminEmo

"Dia detect haba dengan getaran, bukan darah" - Netizen

Sementara itu, hasil tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut tergamam melihat serangan pacat. Malah, ramai juga yang berkongsi ilmu dan pendapat. 

Ketika artikel ini ditulis, video itu berjaya mendapat 674K tontonan, 60K tanda suka dan 1K komen di TikTok. 

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Selamba ya dia buli pacat, kalau kita memang dah melompat rasa! :D

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

You may be interested in: