"Sama Gem*k Macam Kita" - Gelagat Budak Ini Merajuk Sebab Donut Buat Netizen Terhibur
Dia yang cakap, dia pula yang merajuk!
Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Setiap ibu bapa yang mempunyai anak kecil pasti sudah masak dengan peragai dan gelagat mereka yang mencuit hati
Mana tidaknya, anak-anak kecil yang berada di fasa ingin tahu semua perkara ini sememangnya comel dan menggeramkan.
Sama seperti video yang tular baru-baru ini di TikTok apabila seorang kanak-kanak kecil merajuk sebab donut telah mencuri tumpuan ramai.
Lihat video penuh itu di bawah:
Dia yang buat lawak, dia pula yang merajuk tak nak makan donut
Menerusi video berkenaan, kelihatan 3 orang adik-beradik sedang menikmati donut gebu yang disediakan oleh ibu mereka di dapur.
Apa yang lebih menghiburkan apabila sang adik berkata "Kakak, donut ini sama gemuk macam kita" depan kamera. Gelagatnya yang lucu itu telah mengundang gelak tawa sekeluarga.
Lebih melucukan lagi apabila dia dilihat merajuk lantas meletakkan donutnya itu sebaik saja tidak dilayan oleh kakaknya dan semua ahli keluarga mentertawakannya.
"Saya terhibur dengan lawak jujur, comel je tengok!" - Netizen
Dalam pada itu, hasil tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut terhibur dengan gelagat si adik. Malah, ramai yang berkata mereka sangat comel.
Ketika artikel ini ditulis, video itu berjaya mendapat 373K tontonan, 28K tanda suka dan 1K komen di TikTok.
Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok: