seismik

[VIDEO] “Demi Menang Duit” - Wanita Ini Sanggup Nyanyi Dalam Kolam Katak Di Live Show

Weh geli!

Cover image via @thomnickolush2 (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Live show seperti persembahan nyanyian telah menjadi kegemaran ramai

Di negara seberang iaitu Indonesia, terdapat satu rancangan hiburan yang memerlukan peserta menyanyi sambil menghadapi cabaran yang menggelikan. 

Baru-baru ini tular sebuah video di TikTok yang memaparkan seorang peserta nyanyian menyanyi sambil menjerit ketakutan telah mencuri tumpuan ramai. 

Lihat video penuh itu di bawah: 

Cabar diri nyanyi sambil masuk ke dalam kolam penuh katak dan biawak

Menerusi video berkenaan, kelihatan seorang peserta perempuan sedang bertanding untuk menyanyi sambil menghadapi sebuah cabaran.

Apa yang lebih mengejutkan adalah apabila nyanyiannya terus berubah menjadi sumbang sebaik saja dia memasuki kolam yang penuh dengan katak dan biawak.

Pertandingan nyanyian itu melayakkannya untuk mendapat duit sebanyak 10 juta rupiah. Dengan syarat dia perlu menghabiskan nyanyian di dalam kolam bersama haiwan tersebut.

"Kalau aku kat tempat dia, auto pecah tempat tu" - Netizen

Dalam pada itu, hasil tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut terhibur. Malah, ramai yang juga tidak sanggup jika mereka berada di tempat itu. 

Ketika artikel ini ditulis, video itu berjaya mendapat 9.1M tontonan, 491K tanda suka dan 12K komen di TikTok.

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Yang tengok ni je pun tak sanggup, apalagi penyanyi! :(

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik