seismik

[VIDEO] Buat Lakonan Hari Graduasi Siap Guna Lesung Batu, Netizen Pula Fobia Takut Jatuh

Siap ada kuali lagi!

Cover image via @rain_angelsarawak (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Aplikasi TikTok merupakan medium untuk kita menyerlahkan bakat dan kreativiti

Pernah menjadi trending suatu ketika dahulu, challenge berlakon hari graduasi telah mencuri tumpuan ramai di TikTok.

Sama seperti video yang tular baru-baru ini tentang lakonan hari graduasi dua beranak ini telah menarik perhatian ramai. 

Lihat video penuh itu di bawah: 

Siap guna lesung batu dan kuali untuk berlakon menerima sijil

Menerusi video berkenaan, kelihatan seorang lelaki bersama seorang kanak-kanak sedang berlakon menerima sijil pada hari graduasi.

Apa yang menghiburkan adalah apabila lelaki itu berlakon menjadi perempuan dengan berpakaian kebaya dan kain batik. Fesyennya membuatkan netizen teringatkan penyanyi terkenal Nicki Minaj. 

Lebih melucukan lagi apabila dia meletakkan lesung batu di bahagian dadanya dan menggunakan kuali sebagai sijil itu membuatkan ramai takut lesung batu itu akan jatuh. Tambahan lagi, dia juga meletakkan bakul yang menggantung buah-buahan di atas kepalanya. 

Lihat video sambungan penuh itu di bawah:

"Lesung batu kalau jatuh atas kaki baru lah betul dapat anugerah kau bang" - Netizen

Dalam pada itu, hasil tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut takut dan fobia jika lesung batu itu jatuh. 

Ketika artikel ini ditulis, video itu berjaya mendapat 1.4M tontonan, 105K tanda suka dan 3K komen di TikTok. 

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Kalau jatuh lesung batu tu, confirm menangis tak berlagu dah :')

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

You may be interested in: